Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

10 Tips Paling Ringkas Untuk Jadikan Anda Lebih Ramping

Kalau anda selalu cari di dalam internet akan tip-tip untuk kuruskan badan, jangan cari jauh-jauh! Mesotropin akan sediakan 13 tip kurus dan bakar lemak yang bermanfaat untuk anda gunakan! Paling penting sekali, anda boleh kongsikan antara rakan-rakan dan ahli keluarga anda sebab semuanya mudah diamalkan.

 

  • Mengurangkan berat badan hanya sebanyak 10% dalam masa 6 bulan: Ini adalah untuk memastikan yang anda mengekalkan jisim otot anda daripada terbakar sebagai sumber tenaga.

 

  • Menurunkan hanya 0.5-1kg setiap seminggu: Penurunan mendadak sebenarnya tidak sihat kerana badan anda akan terkejut dan tidak biasa dengan situasi baru.

 

  • Makan berdasarkan panduan piramid akanan: Jadikan panduan ini sebagai cara anda memilih makanan-makanan yang sihat.

 

  • Lebihkan bijirin sebagai sumber karbohidrat harian: Bijirin seperti nasi, roti, mi, biskut, dan sebagainya boleh dijadikan sebagai sumber tenaga utama anda untuk aktiviti seharian.

 

  • Lebihkan pengambilan serat: Serat membantu penghadaman dan meningkatkan perasaan kekenyangan.

 

  • Pilih makanan rendah lemak tepu dan kolestrol: Lemak ada pelbagai jenis, jadi pilihlah makanan yang mempunyai lemak baik seperti kekacang.

 

  • Minum minuman yang rendah atau tiada gula: Minuman manis boleh menjadi penyebab utama kepada penyakit diabetis, obesiti, dan kesukaran untuk menurunkan berat badan.

 

  • Gunakan pinggan kecil untuk makan: Penggunaan saiz pinggan kecil akan memberi kesan terhadap psikologi kita supaya memakan dengan jumlah yang lebih kecil. Jangan ambil dua-tiga pinggan sudah!

 

  • Makan mengikut waktu yang teratur: Lewat makan atau membiarkan diri lapar boleh menyebabkan anda memakan secara berlebihan untuk memuaskan nafsu makan.

 

  • Bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu: Senaman 20-30 minit sehari sebenarnya sudah cukup untuk mengekalkan tahap kecergasan badan dan mengawal berat badan.