Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

10 Tips Untuk Fitness Walaupun Anda Malas Gila!

Inilah soalan paling kerap didengar dalam dunia fitness, iaitu “macam mana cara nak jadi fit dengan CEPAT?”. Tak bosankah dengar soalan begini? Mungkin tak bosanlah bagi anda sebab anda yang bertanya. Orang lain yang ditanyakan itu, mereka dah muak menjawab.

 

Tak ada jalan pantas nak jadi fit. Jadi, janganlah tanya cara tercepat nak sadokan badan. Kalau anda tak usaha memang tak akan dapat. Kata kunci dekat sini ialah usaha. Semalas-malas macam mana sekali pun, kalau anda nak fit anda kena usaha biarlah sedikit.

 

Nasib baik ada entri kali ini. Kami nak kongsikan dengan anda 10 tips untuk orang yang malas gila nak workout tapi masih lagi nak fit. Kalau tak ikut juga, anda boleh ucap selamat tinggal dekat angan-angan nak jadi fit dan sado!

 

1- Sepuluh Setiap Satu

Malas nak bersenam lama-lama, buatlah senaman sekejap-sekejap. Tak mampu buat berat-berat dan banyak, buatlah ringan-ringan dan sikit. Cuba buat 10 sahaja push up, 10 sit up, 10 squat, dan lain-lain. Anda kena buat setiap hari sampai ia jadi kebiasaan.

 

2- Berdiri

Anda tahu anda jenis yang tak aktif. Hari-hari banyak masa dihabiskan dengan duduk. Dekat rumah duduk, dekat kerja duduk. Apa kata mulai sekarang anda banyakkan berdiri? Tak perlu lama, setiap jam pergi jalan-jalan pusing pejabat. Kalau nak makan pula, kurangkan order menggunakan servis penghantaran.

 

3- Berjalan 20 Minit

Setiap hari, anda kena berjalan sekurang-kurangnya 20 minit. Nak pergi surau pun naik motor sedangkan surau depan rumah sahaja. Banyakkanlah berjalan, kata nak jadi fit. Kalau dapat 10,000 langkah setiap hari itu lebih baik.

 

4- Bukan Gym Sahaja

Anda ingat nak fit kena pergi gym sahaja? Kalau workout di rumah, tak boleh? Salah tanggapan sebegitu kerana workout di rumah pun sudah memadai untuk menjadikan anda fit. Rajin atau tidak, mahu atau tidak. Banyak jenis senaman anda boleh buat tanpa menggunakan peralatan gym.

Image result for hiit"

5- HIIT

Kembali kepada malas nak bersenam lama-lama, anda boleh cuba amalkan senaman HIIT. Ia adalah sejenis senaman berintensiti tinggi tapi durasinya pendek. Anda akan rasa penat, tapi sekurang-kurangnya anda tak penat lama-lama.

 

6- Tidur Cukup

Tidur merupakan sebagian daripada proses fitness. Kalau anda tak cukup tidur, anda tak beri peluang kepada badan anda untuk baikpulih. Stress akan mula meningkat dan ini mendorong kepada badan yang lebih lemah, gemuk, dan sebagainya.

 

7- Jangan Ikut Orang

Dapatkan panduan itu bagus, nak ikut 100% champion fitness di luar sana amatlah tidak digalakkan. Apa mereka buat itu adalah pada tahap kebolehan mereka yang sudah berpengalaman lama. Anda yang masih malas-malas jangan pula ikut! Nanti tak dapat ikut, mulalah stress dan mengalah.

Image result for jogging"

8- Berlari/Berjogging

Bosan betul kena berjogging sampai berjam-jam setiap hari kalau nak fit. Siapa suruh? Cuba berlari laju sedikit daripada berjogging untuk durasi satu lagu. Pasang lagu di handphone, sumbat earphone di telinga, dan mulakan berlari sampai habis lagu. Kemudian, baliklah rumah.

 

9- Masa Bersama Suami/Isteri

Ingat masa bersama suami dan isteri tidak membakar kalori? Mengikut kajian, anda boleh bakar lebih banyak kalori ketika anda bersama dengan pasangan halal anda berbanding berjogging. Anda nak pilih mana satu? Tapi, ia bergantung juga pada intensiti.

 

10- Iklan TV? Senamlah

Suka sangat tengok TV sampai tak ada masa nak bersenam? Bohong, waktu iklan ada, bukan? Takkan anda suka juga tengok iklan sampai tak boleh lepas TV. Jadi, semasa iklan inilah anda gunakan sebagai masa untuk bersenam ringkas. Cerita start semula, duduklah balik.