Online Shop

2 Tip Bina Badan Mudah Tapi Susah

Bina badan adalah seni di mana anda mengukir badan anda dengan melaksanakan program-program latihan tertentu dengan tujuan untuk membina otot dan membakar lemak. Ketahui 2 tip yang sangat mudah untuk difahakam tetapi sangat susah untuk dilakukan. Kenapa ia susah? Sebab ianya sangat berkesan untuk bina badan!

 

20 Rep Heavy Squat

Semestinya, ramai tak suka squat sebab ianya memenatkan. Sebab memenatkan inilah ia adalah senaman yang sangat bagus untuk membina badan. Tahu atau tidak, mereka yang squat akan memiliki bentuk badan yang lebih baik dan peratusan lemak yang lebih rendah! Meskipun squat hanya melatih bahagian bawah, ia tetap membina otot seluruh badan.

 

Cabarannya, anda kena cuba buat squat yang berat-berat (yang anda hanya mampu buat maksimu 3-5 rep sahaja) dan buat sebanyak 20 rep. Tak kisah berapa banyak set anda perlu buat, habiskan juga 20 rep yang berat-berat! Amalkan sekali atau dua kali seminggu. Kalau anda buat betul-betul, squat begini sahaja sudah cukup untuk leg day anda.

 

Habiskan Workout Dengan Kardio 20 Minit

Kita main 20-20 sahaja, 20 rep squat, 20 minit kardio. Untuk kekalkan komposisi badan yang rendah lemak tetapi padat dengan otot, anda  masih perlu lakukan kardio. 20 minit sudah memadai. Sebab itu semasa latihan, jangan bazir masa bersembang sebab anda akan rugi masa untuk kardio. Selepas habis menangkat berat di gym, habiskan dengan latihan kardio seperti berlari di atas treadmill, lompat tali, dan lain-lain. Kalau gym anda ada kolam renang, lagi power!

 

Sebenarnya, tak kisah kardio bila. Maksud Admin, bukan kena kardio selepas habis gym sahaja. Kalau anda nak kardio awal pagi pun boleh. Yang penting adalah konsistensi untuk melakukan kardio. Selalunya, abang sado tak suka kardio. Buat pun sebulan sekali. Sebab itu, buat biasa-biasa dahulu dan tambahkan kesusahan sikit-sikit. Yang penting adalah konsisten.

 

Entri oleh: Aiman Radzi (@TheTherabeast)