Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

3 Kesilapan Mudah Yang Boleh Memudaratkan Anda

 

Kadangkala kita lihat sesuatu perkara itu terlalu kecil untuk diberikan perhatian. Namun, hal-hal yang kecil juga memberikan impak yang besar terhadap keselamatan dan keberkesanan senaman. Berikut adalah beberapa kesilapan mudah yang akhirnya memudaratkan anda.

 

Tak Buat Sesi Warm-Up Dan Cool-Down

Senario: Anda hanya mempunyai masa singkat untuk melakukan senaman. Oleh itu, anda skip kedua-dua sesi tersebut.

Akibat: Tubuh tidak bersedia untuk senaman. Jadi, kualiti senaman akan terjejas dan risiko kecederaan pun meningkat. Otot juga akan lebih sakit (sore) kerana tiada sesi cool-down dilakukan. Di sesi senaman yang seterusnya, badan akan rasa berat, letih dan sakit.

Penyelesaian: Singkatkan masa workout dan tingkatkan intensiti. Cari program senaman singkat yang menggabungkan latihan kardio dan rintangan sekali. Anda juga boleh pendekkan masa rehat di antara set. Yang penting, cuba selitkan 5-10 minit sesi warm up (regangan dinamik) sebelum bersenam dan buat regangan statik selepas selesai.

 

Cabaran Di Luar Kemampuan

Senario: Anda mahukan cabaran baru. Contohnya, tingkatkan bebanan atau isipadu latihan secara menyeluruh. Mungkin dari segi mental, anda sudah bersedia, tetapi secara fizikalnya belum lagi.

Akibat: Beralih ke cabaran yang lebih tinggi tanpa persediaan fizikal yang cukup boleh menyebabkan anda tercedera. Lagi rugi.

Penyelesaian: Ada dua perkara sahaja yang anda perlu perhatikan sebelum beralih ke cabaran baru. Pertama, anda boleh buat semua reps tanpa kehilangan integriti postur dan teknik. Kedua, anda tidak lagi mengalami DOMS (sakit otot) selepas bersenam.

 

Cara Penggunaan Alatan Yang Salah

Senario: Anda sedang mencuba satu alatan senaman baru di gym yang tidak pernah digunakan sebelum ini. Jadi, anda hanya perhatikan sahaja cara orang lain menggunakannya tanpa bertanya.

Akibat: Anda perlu beringat bahawa tak semua yang mengendalikan alatan senaman di gym menggunakan cara yang betul. Kecederaan boleh berlaku disebabkan teknik yang salah. Lagipun, takut nanti alatan tersebut juga turut mengalami masalah akibat cara penggunaan yang tak betul.

Penyelesaian: Anda perlu bertanya kepada fitness professional yang berada di situ tentang cara menggunakannya. Mereka pasti akan memberikan penjelasan dengan sebaiknya.

 

Entri: Tini Lorna Lim