3 Senaman Sizing Yang Mantap

Pilihan senaman adalah sangat penting untuk keberkesanan perjalanan bina badan anda. Samada untuk cutting ataupun untuk bulking, anda kena buat senaman yang betul, dengan teknik yang tepat, dan jumlah rep yang sebenar untuk membesarkan otot dan membakar lemak. Mari kita lihat 3 jenis senaman yang sangat bagus untuk membina otot dengan baik!

 

Stiffed-Legged Deadlift

Stiffed-Legged Deadlift (SLDL) adalah sejenis variasi kepada senaman deadlift. Untuk variasi ini, kelebihannya adalah pada penurunan yang terkawal dan tekanan yang diberikan pada otot belakang dan kaki. Berbeza dengan deadlift biasa, anda boleh lepaskan dengan laju. Untuk SLDL, anda kena kawal sepanjang pergerakan. Kawalan ini akan berikan tekanan metabolik yang sesuai untuk pembinaan otot.

 

Guillotine Press

Bench press adalah senaman yang akan melatih dada, triceps, dan bahu dengan baik. Kalau anda lakukan Guillotine Press, ia akan membina otot dada anda dengan tersangatlah baik! Beza kedua-dua jenis press ini adalah posisi anda turunkan barbell. Bench press biasa, anda akan turunkan barbell pada paras dada. Guillotine Press pula, anda turunkan pada paras leher, maksudnya anda akan buka bahu lebih luas. Jangan guna yang berat-berat! Gunakan beban yang mampu diangkat 10-15 rep sahaja.

 

Smith-Machine Squat

Betul, squat biasa sangat bagus dalam dunia bina badan. Tetapi, ia bagus untuk membina kekuatan. Kalau anda atlit kekuatan seperti powerlifting dan strongman, anda kena fokus pada squat. Tetapi, sebagai atlit yang mementingkan bentuk otot, anda perlu lakukan kedua-duanya dengan memberi penekanan pada squat menggunakan mesin Smith. Fokus pada menolak punggung anda ke belakang dan mengekalkan lutut di belakang garisan ibu jari kaki. Ini akan menekankan tumbesaran otot quadriceps anda!