Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

3 Tip Untuk Nampak Lean Dalam 3 Minggu

Kalau anda nak kena kuruskan badan dalam 3 minggu, apa yang anda boleh cuba untuk lakukan? Yang pasti, setiap usaha anda kenalah yang paling berkesan. Kita tak mahu bazirkan masa lagi sekarang!

Jika boleh, cubalah untuk kekal lean sepanjang tahun. Jadi, apabila anda tidak gemuk dan tidak menternak lemak, anda tak perlu lagi nak berusaha keras untuk membakar lemak. Memang susah untuk maintain lean, tetapi lebih menjimatkan kos.

Ada satu masalah lain yang kerap timbul semasa fasa cutting, itu ramai terlalu fokus untuk membakar lemak sahaja. Mereka terlupa dengan keperluan untuk menjaga jisim otot daripada terbakar semasa cutting. Ini yang mengganggu ramai orang, sebenarnya.

1- Kardio Intensiti Tinggi

Apa-apa sahaja senaman yang anda buat, habiskan dengan senaman kardio berintensiti tinggi selama 10 minit. Dalam durasi 10 minit ini, pastikan anda bermandi peluh. Tak kisahlah nak berlari atas treadmill, nak berenang, mengayuh basikal, apa apa sahaja janji anda betul-betul berpeluh dan termengah-mengah.

2- Potong Karbo

Karbo yang terlebih tinggi adalah punca utama kenapa ramai orang menjadi gemuk dan susah untuk bertambah kurus. Karbohidrat datang daripada nasi, roti, dan makanlah makanan ruji yang lain. Air manis juga adalah karbohidrat. Ambil karbo sebelum, semasa, dan selepas latihan sahaja. Luar daripada waktu itu cuba potong karbohidrat.

3- Elakkan Snack

Snack ataupun kunyah-kunyah banyak menjadi isu pada mereka yang nak jadi lean. Kalau kunyah-kunyah makanan yang sihat dan berkhasiat tak ada masalah. Ini kunyah-kunyah jajan, makanan-makanan segera, tinggi garam dan gula, itu yang menjadi masalah. Lagi bertambah susah apabila anda kerap sangat kunyah-kunyah sebelum tidur.