Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

4 Pilihan Bentukkan Badan Yang Semua Perlu Tahu

Metabolisma badan berbeza-beza mengikut individu. Ada yang cepat atau lambat ada pula yang tinggi atau rendah. Di bawah ini akan dikelaskan kategori metabolisma dan kesannya pada badan anda.

1. Makan kurang, bersenam lebih.

Ini akan membakar lemak dan otot kerana ia mewujudkan jurang kalori yang besar melalui kedua-dua senaman dan makanan. Jika anda di kategori ini anda akan jadi seperti pelari marathon yang badannya kurus tetapi mempunyai otot yang kecil serta lemak yang sedikit.

 

2 – Makan banyak, bersenam kurang

Ini akan membesarkan kedua-duanya iaitu otot dan lemak dengan mewujudkan jurang kalori ke arah yang lain. Orang yang biasanya dalam kategori ini adalah powerlifter yang berbadan besar.

Cara ini adalah apa yang kebanyakan orang cuba lakukan apabila mereka mahu mendapat otot. Ia berfungsi, tetapi ia sering membuatkan anda kelihatan kembung dan bengkak. Ia bukan pendekatan terbaik atau penampilan terbaik. Ini biasanya menghasilkan lebihan 500 kalori atau lebih, dan ini mungkin terlalu banyak jika latihan itu tidak betul. Tambahan lagi jika anda memakai baju yang ketat, anda akan kelihatan sedikit lucu.

 

3 – Kurang makan, kurang latihan.

Orang sebegini tidak akan menjadi rangka atau tengkorak. Walaubagaimanapun, anda pasti akan mendapat badan yang kurus dan jauh sekali dari penampakan otot. Ini kerana dari pemakanan dan latihan menampakkan otot anda, namun jika anda tidak melakukan keduanya tidak mungkin anda mendapatkannya. Ini mungkin berlaku pada kebanyakan pelajar-pelajar di Malaysia atau orang yang sibuk berkerja.

 

4- Makan lebih, Latihan juga lebih

Ini adalah teknik yang bagus dan sepatutnya dilakukan bagi orang-orang diluar yang ingin menampakkan otot dengan baik di samping inginkan pengurangan lemak yang ideal. Dengan cara ini anda memerlukan formula 40-30-30 iaitu 40% karbo, 30% protein dan 30% lemak. Anda pastti terkejut mengapa karbo yang patut dlebihkan. Logiknya tiada api yang akan menyala jika tiada bahan api atau api akan menyala lambat jika bahan api anda kurang. Karbohidrat adalah seperti bahan api semasa latihan anda di gym. Jika anda melebihkan ia dengan senaman yang betul, anda akan menampakkan impak dan kesan yang bagus.

Jika anda mengikuti plan ini anda tidak perlu risau akan bebanan berat namun anda memerlukannya.

Entri: Fakhrul Islam