4 Teknik Latihan Kaki Yang Super Ohsem!!!

Ramai daripada anda mengabaikan bahagian kaki dan ini menyebabkan badan mereka kelihatan pelik apabila memiliki badan yang besar tetapi mempunyai kaki yang halus dan kecil.

Oleh itu, latihan kaki adalah sangat penting dan tidak boleh melangkau perlaksanaannya dalam jadual rutin latihan mingguan anda. Latihan ini akan memberi kesempurnaan yang menyeluruh kepada bentuk badan anda.

Untuk melakukan latihan ini, anda haruslah terlebih dahulu memanaskan badan sepenuhnya, kemudian melakukan 8-10 ulangan setiap 3 set latihan dengan menetapkan 90 saat tempoh rehat diantara set.

Latihan kaki adalah sangat penting untuk mengimbangi badan yang yang sado dan shredd. Anda dilarang sama sekali untuk tidak melakukan latihan kaki kerana anda akan kelihatan pelik jika tidak melakukan latihan tunjang ini.

Anda haruslah melakukan latihan kaki seminggu sekali. Anda boleh bermula dengan 4 latihan terbaik ini. Rutin biasanya memerlukan usaha yang lebih dan melibatkan dengan sistem saraf anda, jadi ia adalah sangat baik apabila anda melakukannya sewaktu anda sedang fresh.

Barbell Squat

4 sets, 6-8, 6-8, 8-10, 8-10 ulangan.

Barbell Front Squats

day_1_main_0

Mula dengan meletakkan tangan anda pada Barbell dan perlahan-lahan meletakkan ia di atas dada anda.

Perlahan-lahan menurunkan badan anda sehingga anda mencapai kedudukan squats.

Pegang untuk kiraan dua dan kemudian perlahan-lahan angkat badan anda ke kedudukan permulaan dan ulang.

 

Barbell Deadlifts

deadlift_main_2

Mula dengan meletakkan barbell di atas lantai. Duduk dalam posisi squats dengan membengkokkan lutut anda dalam sudut 90 darjah.

Badan anda haruslah tegak dan menjarakkan kedua-dua lengan anda melebihi lebar bahu dan kepala memandang kehadapan.

Perlahan-lahan mengangkat Barbell dari lantai sambil mengekalkan belakang lurus, berdiri tegak dan kepala berpandangan ke hadapan. Pegang untuk kiraan satu dan ulang.

Dumbbell Walking Lunge

3 sets, 10, 12, 14 langkah setiap kaki

Barbell Hip Thursts

_main_hipthrust

Bermula dengan meletakkan badan anda di atas lantai, kaki dalam sudut 90 darjah, bersandar di bench (pastikan bench tidak bergerak), perlahan-lahan meletakkan Barbell pada otot quad atas anda ketika mendapatkan ia dengan tangan anda.

Perlahan-lahan mengangkat pinggul anda ke atas sehingga badan anda adalah selari dengan lantai dan bahu dan kepala berehat pada bench. Kekalkan posisi tersebut dalam 1 saat dan turunkan bar tersebut pada kedudukan permulaan.

Ulang langkah pertama.