Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

5 Cara Untuk Kemaskan Lagi Six Pack

Nak dapatkan abs yang padu telah menjadi pilihan dan igauan orang ramai. Tetapi, anda tak perlulah jadikan ia sebagai satu misi sepanjang masa. Maksudnya, daripada anda usaha lama-lama tetapi tak dapat apa-apa, mahukah anda kalau anda usaha sekarang dengan beberapa tips ini untuk memperkemaskan lagi six pack anda dengan cepat?

 

Bagi sesetengah individu, nak memiliki six pack bukanlah perkara yang mudah. Bagi sesetengah yang lain, ia ibarat satu benda yang hampir mustahil. Percayalah, siapapun diri anda, nak memiliki six pack bukanlah benda yang mustahil. Punca perasaan begitu timbul kerana anda tak kawal-kawal nafsu makan anda!

 

1- Fokus Pada Protein

Ini adalah tips paling asas yang patut anda ikut. Nak bina otot, nak dapatkan six pack, dan nak bakar lemak, anda kena fokus pada pengambilan protein. Ambil lebih kurang 30g protein setiap kali masa makan, dan anggarkan lebih kurang 2g protein per kilogram berat badan.

 

2- Susun Masa Karbo

Karbo ialah karbohidrat seperti nasi, roti, mee, bihun, pasta, dan lain-lain. Anda kena makan juga makanan-makanan ini tetapi bukanlah dalam kuantiti banyak dan bukan sepanjang masa. Karbohidrat penting untuk membekalkan tenaga kepada otot anda. Makan karbohidrat semasa sarapan pagi, sebelum, dan selepas workout.

 

3- Makan Kerap

Untuk mengawal nafsu dan selera makan, adalah lebih baik anda memakan secara kerap berbanding makan banyak sekali makan. Apabila anda makan kerap, porsi makanan anda setiap masa adalah kecil, lantas anda tak akan mengambil makanan-makanan yang tidak penting lagi.

 

4- Dapatkan Lemak Sihat

Untuk membakar lemak, anda kena makan lemak. Tetapi, bukanlah lemak yang berbahaya pada badan. Sebaliknya, anda kena banyakkan lemak-lemak yang sihat. Lemak ini boleh didapati daripada buah-buahan dan kekacang.

 

5- Gunakan Supplement Yang Sesuai

Ada banyak jenis supplement yang anda boleh gunakan untuk bantu anda dapatkan six pack yang lebih kemas. Fokus pada supplement untuk pembekalan protein, tenaga workout, dan juga penaik metabolisme badan seperti fatburner.

 

Entri: Aiman Radzi