Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Cik Abang Kalau Boroi Macam Mana Nak Pakai Baju Raya Tahun Ini? Kami Kongsikan Cara Nak Hilangkan Boroi!

Dah nak masuk Ramadhan ini pasti masing-masing sibuk beli baju raya untuk kelihatan cantik dan smart pada syawal nanti. Dan ramai juga yang memasang impian untuk ambil kesempatan Ramadhan ini untuk turunkan berat dan buncit pada perut supaya muat baju raya nanti. Perut dilihat adalah masalah utama bagi semua individu kerana kepayahan untuk menghilangkannya. Artikl kali ini saya akan berikan cadangan makanan yang anda patut ambil semasa ramadhan nanti dan boleh terus diamalkan kini sehingga syawal. Makanan-makanan ini berupaya untuk menghilangkan belly fat atau keboroian perut anda.

 

Telur

Image result for eggs

Walaupun saiznya yang kecil, namun kelebihannya sangat besar. Telur adalah makanan yang membekalkan protein yang mudah dihadam oleh badan membuatkan lemak anda mudah terbakar. Di samping kalorinya yang sangat sedikit ia membantu anda kekal kurang kalori sambil perut anda mudah untuk rasa kenyang. Saya nasihatkan ambil telur ini semasa anda sedang bersahur tidak kisahlah menggoreng, merebus, mencelur atau sebagainya.

 

Oatmeal

Image result for oatmeal

Oatmel adalah makanan yang lambat untuk dihadam disamping ia muncul sebagai makanan yang tinggi seratnya buatkan anda rasa kenyang dengan lama. Saya nasihatkan anda menggabungkan telur denga oatmeal dengan satu hidangan semasa sahur dan anda akan rasa kenyang sepanjang berpuasa di samping badan anda kekal dalam keadaan yang sihat. Inilah yang buatkan lemak-lemak dalam perut anda mudah untuk disingkirkan. namun perlu diingat elakkan oat 3 in 1 kerana kandungan gula yang tinggi.

 

Coffee

Image result for coffee

kita beralih kepada minuman yang membuatkan anda boleh menahan rasa lapar dengan baik iaitu kopi. Ia adalah minuman tanpa kalori yang membuatkan anda kurang rasa keinginan untuk makan dan makan. Kopi hitam adalah yang terbaik namun jika anda tambah susu segar anda masih dapat kebaikannya. ramai yang tidak tahu sebenarnya kopi adalah minuman antioksidan yang menggalakkan penukaran lemak kepada tenaga. ia sangat bagus jika anda ingin buang lemak dalam badan. Saya juga rekomen minuman ini diambil semasa anda bersahur atau selepas anda moreh atau bertarawikh.

 

Green tea

Image result for green tea

Green tea adalah minuman yang tidak ada batasan atau penegahan untuk nda ambilnya. anda boleh ambilnya sebanyak mana yang anda inginkan di samping anda akan dapat kebaikannya sebagai peningkatan peluang kadar penurunan lemak. Ia bukanlah membakar lemak, namun ia mempercepatkan kadar penurunan lemak. Anda boleh minumnya selepas anda bertarawikh atau sebelum tidur.

 

Buah Beri

Image result for berries

Beralih kepada makanan terakhir dan ia adalah pelbagai buah yang namanya beri. Contohnya, strawberi, blueberi, blackberi dan sebagainya. Ia merupakan makanan rendah karbohidrat namun penuh dengan vitamin dan antioksida. Jadi ia akan membant penghantaran darah ke ruang otot anda dengan oksigen supaya penurunan kadar lemak boleh berlaku cepat. Anda belilah buah beri ini untuk stok sebulan dan jadikan makanan ini semasa anda berbuka.

 

Jadi, ambil kesempatan Ramadhan ini dengan makan-makanan hebat di atas ini. Jika anda ada niat yang baik dan berterusan anda akan capai hasilnya. Dalam masa yang sama, kalau anda nak gunakan fatburner juga boleh kerana ia turut membantu untuk mengempiskan perut anda. Dengan syarat, anda kena jaga makan dan juga bersenam. Digalakkan untuk guna fatburner selepas anda berbuka kerana jika diambil semasa sahur, takut nanti anda akan dahaga sepanjang puasa (kerana ia boleh menyebabkan peluh banyak).

Entri: Fakhrul Islam