Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

5 Makanan Super Sihat Untuk Diet

Apa yang kita makan seharian akan mempengaruhi masa hadapan kita. Samada kita akan hidup dalam keadaan sihat ataupun tidak, pemakanan kita akan memainkan satu peranan besar. Jangan tunggu dah sakit baru nak jaga. Sebaliknya, mulakan langkah anda dari sekarang.

 

1- Ikan

Selain daripada kaya dengan protein dan juga vitamin D, ikan juga kaya dengan lemak sihat yang kita kenal sebagai omega-3. Kajian mendapati omega-3 sangat membantu dalam mengurangkan risiko terkena serangan jantung dan menjaga kesihatan jantung secara keseluruhan.

 

2- Sayuran Pelbagai Warna

Zaman sekarang, tak ramai suka makan sayur, lagi-lagi budak-budak. Sebagai ibu bapa, anda kena fikrikan cara untuk ajar mereka supaya sukakan sayur-sayuran. Bukan apa, untuk kebaikan masa hadapan mereka juga. Sayur-sayuran penting untuk proses penghadaman kita, sekali gus membantu dalam pembersihan toksin dalam badan.

 

3- Pisang

Pisang merupakan salah satu makanan terbaik untuk dijadikan sebagai sumber natrium (atau potassium) di mana kegunaannya adalah dalam penstabilan tekanan darah. Kandungan sodium yang rendah pula akan membantu dalam meneutralisasikan sodium yang tinggi, lantas meningkatkan penyerapan kalsium dalam tulang.

 

4- Alpukat

Avocado ataupun alpukat adalah makanan yang lama diakui membantu dalam mengawal kolestrol badan. Ya, buah ini kaya dengan lemak tetapi lemaknya adalah lemak yang sihat, bukan seperti makanan-makanan berlemak yang lain. Belum pernah cuba avocado? Sekarang, anda boleh mula cuba memakannya.

 

5- Broccoli

Makanan kegemaran saya sendiri dan diyakini makanan kegemaran ramai orang juga, lagi-lagi penggemar fitness sejagat. Tekstur yang rangup dan segar menjadikannya sebagai sumber pilihan utama untuk sayur-sayuran. Ia kaya dengan vitamin C, vitamin A, serat yang tinggi, dan macam-macam lagi. Senang kata, anda tak rugi kalau makan broccoli!

 

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)