Online Shop

5 Panduan Pembakaran Lemak Dijamin Berkesan

Kalau anda nak ucapkan selamat tinggal pada lemak-lemak anda yang degil, anda kena buat sesuatu untuk menghalau mereka daripada badan anda buat selama-lamanya. Mujurlah ada Mestoropin, sebab kali ini kami membawa beberapa panduan dijamin berkesan untuk bantu anda bakar lemak dengan lebih cepat!

 

1- Kemaskan Dapur Dan Peti Ais

Dalam peti ais anda ada apa? Ada aiskrim? Ada coklat? Ada kek? Senang kata, kalau dalam peti ais anda ada makanan-makanan yang tak patut makan semasa proses cutting, eloklah anda kemas dan berikan pada orang lain. Lagi anda simpan, lagi tinggi dugaan untuk memakan makanan-makanan tersebut. Apabila dah makan, barulah menyesal sebab diet hancur setiap hari.

 

2- Gabungkan Jenis Kardio

Kardio ada banyak jenis, seperti kardio berintensiti tinggi dan kardio berintensiti rendah. Biasanya, orang fikir berjogging apabila sebut tentang kardio. Tetapi, mengangkat besi di gym juga dikira sebagai kardio. Segala aktiviti yang melajukan jantung boleh dikira sebagai kardio. Lebihkan latihan kardio berintensiti tinggi dan minimumkan 1-2 kali sahaja sesi latihan kardio berintensiti rendah dalam seminggu.

 

3- Amalkan Latihan Fullbody Sekali Seminggu

Latihan fullbody bermaksud anda melakukan latihan yang melatih keseluruhan badan dalam satu sesi.  Semua otot anda akan dilatih dalam satu hari, berbeza dengan latihan biasa yang selalunya dipecahkan mengikut hari – chest day, back day, arm day, dan lain-lain. Latihan fullbody sekali seminggu akan meningkatkan kadar metabolisme badan dengan berkesan selama 3 hari berturut-turut! Ini mempercepatkan lagi pembakaran lemak.

 

4- Minum Teh Hijau Setiap Hari

Apabila berada dalam fasa cutting, minuman herba teh hijau asli patut dijadikan minuman utama anda sepanjang proses menguruskan badan atau membakar lemak. Sebab apa anda patut amalkan teh ini? Sebabnya, ia mempunyai ciri-ciri yang memberi kesan kepada kadar metabolisme anda. Dengan kata lain, anda akan bakar lebih banyak kalori daripada biasa melalui pengambilan air herba tersebut!

 

5- Dapatkan Tidur Yang Cukup

Ramai ambil mudah dengan masa tidur mereka. Ramai yang tidak cukup tidur dalam sehari, menjadikan badan mereka lemah dan tidak bermaya. Bukan itu sahaja, tahap sensitiviti insulin dalam badan turut berkurangan, menjejaskan potensi penyerapan nutrien terbaik ke dalam otot yang dilatih. Ini mengurangkan lagi peluang untuk anda membina otot dan membakar lemak! Pastikan anda dapat tidur yang cukup setiap hari (dalam 8-9 jam setiap hari).