5 Tip Kekalkan Sixpack Shredded

Apakah cara-cara yang anda boleh amalkan untuk pastikan badan anda kekal shredded dan lean sepanjang tahun? Jangan risau, kami akan kongsikan cara-caranya! Barulah sixpack yang anda bina itu dapat dijaga dengan baik dan sentiasa tersedia untuk beraksi!

 

1- Ubah Gaya Hidup

Kalau anda berlatih dengan satu program untuk membakar lemak atau menjadi kurus, anda mungkin boleh berjaya ataupun gagal dalam proses tersebut. Sebaliknya, ubah gaya hidup anda supaya sentiasa berkitar dalam parameter membakar lemak. Apakah yang saya maksudkan itu? Amalkan gaya pemakanan sihat (kurang gula, lemak, garam, dan minyak) dan sentiasa bersenam. Apa-apa pun, pemakanan adalah nombor satu apabila berbicara tentang sixpack.

 

2- Minum Lebih Banyak Air

Air adalah medium yang diperlukan oleh sel-sel badan kita untuk melakukan kerja-kerja mereka. Tanpa air yang cukup, badan kita tidak akan berfungsi. Air juga tidak mempunyai kalori (ataupun kuantitinya terlalu kecil). Belum ada lagi orang minum air banyak boleh bina lemak. Malah, siapa yang rajin minum air didapati lebih mudah untuk membakar lemak! Ini berkaitan dengan nafsu makan dan juga kadar metabolisme badan. Kalau anda minum banyak air sebelum makan, adakah nafsu makan anda sama sahaja? Biasanya, anda sudah tidak mahu makan banyak kalau dah minum sebelum itu.

 

3- Amalkan Pengambilan Sayuran Hijau

Sayur-sayuran mengenyangkan anda, dan mereka tidak mempunyai nilai kalori yang tinggi. Sama seperti air, belum ada yang gemuk kalau makan sayur banyak. Malah, lebih kurus adalah dan kekal shredded! Sayuran adalah senjata utama mereka yang inginkan sixpack sepanjang tahun, kerana sifat mengenyangkan mereka meskipun tidak bernilai kalori yang tinggi. Ini dapat membendung nafsu makan dan juga membantu penghadaman serta pencernaan makanan (penyerapan nutrien ke dalam sel otot sekali).

 

4- Kurangkan Makanan Berkanji Tinggi

Beras putih, ubi kentang, roti gandum, dan pasta dikira makanan berkanji tinggi. Sememangnya, makanan ini membekalkan tenaga yang banyak kepada badan. Mungkin terlalu banyak sampai mudah sangat untuk disimpan sebagai lemak. Amalkan makanan karbohidrat yang lain seperti keledek, roti mil penuh, dan lain-lain. Ini tidak bermakna anda tidak boleh makan nasi, cuma kawal kuantitinya sahaja.

 

5- Sentiasa Makan Sarapan Pagi

Sarapan pagi adalah makanan pertama yang anda makan usai anda bangun daripada tidur. Ini boleh dikira masa makan paling penting dalam sehari, kerana sarapan pagi bakal menentukan tahap tenaga anda untuk hari tersebut. Sarapan pagi juga penting untuk memberi nutrisi kepada otot yang tidak henti berkerja meskipun anda sedang tidur semalam. Mereka ketagihkan nutrisi sihat untuk membaik pulih sel mereka yang rosak ketika workout. Selepas ini, jangan tinggal lagi sarapan pagi!