Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

60% Yang Anda Perlukan Untuk Saiz Tangan Yang Besar

Kebanyakan orang percaya bahawa ketebalan dan saiz lengan yang besar dipengaruhi oleh senaman bicep seperti rep yang banyak melalui bicep curls, dan workout-workout arm yang lain. Ini tidak dinafikan tetapi apa yang sepatutnya anda kena ambil perhatian, sebenarnya tricep merupakan otot yang memberikan ketebalan saiz lengan anda sebanyak 60%. Dan 40% daripadanya barulah datang dari otot bicep. Jika anda berniat untuk membesarkan saiz lengan anda, beri perhatian dengan melatih triceps anda dengan kuat dan gigih. Artikel ini akan berkongsi latihan dan teknik melatih otot triceps dengan berkesan.

1.Close Grip Bench

Walaupun ianya senaman kompaun yang mengenakan pada bahagian tangan, bahu dan lengan, namun sedikit perubahan teknik membuatkan anda melatih otot triceps dengan lebih banyak. Tekniknya adalah dengan merapatkan tangan anda selebar 8-12 inci(jika rapat lagi, siku dan pergelangan yang akan dilatih lebih) dan jatuhkan perlahan barbell ke paras atas abs anda. Untuk melatih dada paras barbel dijatuhkan di garisan puting anda, namun jika mahu mengenakan otot tricep dengan lebih, pastikan ia berada di bawah sedikit iaitu betul-betul di atas abs anda.

2.Dips

Tidak semua yang mengambil perhatian akan senaman ini kerana ianya senaman bodyweight yang memerlukan kestabilan. Namun jika tidak dilatih sampai bila-bila pun badan anda tidak akan menjadi lebih baik. Elakkan melakukan dips di bench kerana memberi risiko pada bahu anda. Untuk keselamatan dan kebaikan, gunakan dips parallel bar. Dengan tangan di sisi, perlahan turunkan badan sehingga siku selari dengan parallel bar itu dan jangan turun terlalu rendah atau bahu anda akan mendapat tekanan yang banyak.

3.Hex Press

Senaman ini juga adalah satu kelainan yang melatih otot triceps anda. Capai sepasang dumbell dan baring di atas bench. Rapatkan sehingga bersentuhan kedua dumbel dan turunkan ke paras dada anda untuk beri tekanan pada triceps.

4.Dumbell Kickback

Entri: Fakhrul Islam