Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Anda Tak Salah Pilih Jika Anda Sukakan Larian Jarak Jauh

Ian-Sharman1

Maklumat terkini

Kajian terbaru membandingkan 33 atlet elit lelaki dengan 33 orang lelaki yang tidak melakukan sebarang aktiviti yang melibatkan endurance. Para atlet dan lelaki biasa diambil mengikut umur, berat dan ketinggian yang sama.

Campuran atlet dari pelbagai arena termasuklah bekas Olympia dan peserta Ironman yang berlatih kira-kira selama 30 tahun dan terus berlatih kira-kira 17 jam seminggu.

acp117

Para saintis telah mendapati bahawa jantung atlet adalah lebih besar dan lebih kuat (seperti yang diharapkan), tetapi selepas ujian jantung dijalankan, didapati tiada kesan buruk ke atas atlet yang di uji.

“Kami mendapati tiada bukti kerosakan yang berpanjangan, pembesaran patologi atau kerosakan fungsi, sama ada disebelah kanan mahupun kiri ventrikel didalam badan atlet yang telah bertahun menjalani latihan pada peringkat ‘intensive elite-level endurance exercise’ “. Penjelasan dari Philipp Bohm,salah seorang ahli saintis yang mengkaji permasalahan ini.

Trend kini menyajikan dengan pelbagai pertandingan dan peluang menyertai aktiviti larian jarak jauh sama ada 5km, 10 km, 21 km atau full marathon 42km. Rebut peluang ini dan jadikan ia hobi anda kerana ianya hobi yang sihat berbanding anda menghabiskan masa dengan e-gaming berjam-jam di rumah.

Sekarang juga sudah banyak aplikasi di internet berkaitan larian online di mana anda tidak perlu pun hadir ke lapangan, namun lari mengikut arahan aplikasi dan anda akan mendapat medal dan sijil secara pos. Ia masih menjadi aktiviti yang sihat kerana anda masih menegluarkan peluh di atas trek.

Entri: Fakhrul Islam