Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Abs, Shoulder, Dan Forearm Dalam 1 Senaman

Senaman yang melatih lebih daripada satu otot dipanggil sebagai senaman kompaun. Ia memerlukan kerjasama antara beberapa otot yang lain untuk mencapai kestabilan menyeluruh.

Senaman kompaun juga adalah senaman yang terbaik untuk membina kekuatan. Ia turut membantu dalam menggalakkan hipertrofi.

Anda boleh gunakan barbell, dumbbell, mesin kabel, mesin hammerstrength, dan lain-lain untuk senaman kompaun. Selagi mana ia menggunakan pergerakan lebih daripada satu sendi, ia dikira sebagai kompaun.

Ada satu kompaun hari ini yang kita nak bincangkan dan selama ni ni sangat bagus dalam melatih kekuatan otot bahu, perut, dan tangan. Memang tak ramai buat senaman ini tetapi sebenarnya ia sangat bagus.

Senaman yang dimaksudkan ialah barbell suitcase hold. Anda memegang barbell seperti anda memegang suitcase. Bagaimana anda pegang suitcase? Ada memegangnya di sisi badan anda menggunakan satu tangan.

Senaman senaman seperti ini dikategorikan sebagai senaman pergerakan “anti” dan senaman dalam kategori ini amatlah berkesan dalam melatih otot perut. Melatih kekuatan pun ya, melatih hipertrofi pun ya.

Sekali angkat tahan untuk selama mana yang ada boleh tahan. Anda kena pegang barbell betul-betul ditengah. Jika anda perlukan satu platform untuk anda berpaut, cuba pegang pada dinding. Tapi, lama-lama anda kena cuba untuk berdiri sendiri.

Ketika mengangkat dan berdiri juga hendaklah dalam keadaan tegak. Anda tak boleh menyenget ketepi untuk memudahkan senaman. Tegak betul-betul tegak dan anda akan rasa perut anda seperti terbakar.

Anda boleh guna dumbbell tetapi intensitinya tidak sama seperti menggunakan barbell. Secara amnya penggunaan dan dumbbell adalah lebih mudah. Dengan barbell, disebabkan panjang besi tersebut, dah terpaksa bekerja keras untuk stabilkannya.

Entri: Aiman Radzi