Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Ada Beza Ke Mass Gainer Dengan Whey Protein?

Ramai yang masih keliru dengan 2 bentuk supplemen ini. Ada yang menganggap keduanya sama. Ada yang menganggap keduanya berbeza. Ada yang menganggap whey lebih tinggi protein dan ada yang mengatakan mass gainer lebih bagus.

Persoalan-persoalan ini saya akan kongsikan jawapannya kepada yang masih keliru di dalam artikel ini.

1. Apa beza mass dengan whey?

Kedua ini adalah protein. Walaupun mass gainer namanya tidak ada protein seperti whey protein namun anda kena tahu keduanya adalah protein. Apa yang membezakannya adalah kandungan protein. Masss gainer mengandungi 22 hingga 50% protein berbanding whey protein yang boleh mencecah 60% dan lebih kandungan proteinnya.

Mass gainer mempunyai carbs dan lemak yang tinggi bagi menggalakkan peningkatan kalori harian yang mana membantu dalam pemulihan otot dan tumbesaran otot.

2. Mana yang sesuai dalam pembinaan otot?

Jika seseorang itu sukar menaikkan berat badannya dan ada masalah kurus dalam masa yang sama nak bina otot dengan besar maka anda harus memilih mass gainer.

Namun, jika anda seseorang yang cepat naik berat badan dan badan anda mempunyai peratusan lemak yang tidak tinggi cukuplah dengan mengambil whey protein sahaja.

3. Bagaimana dengan seseorang yang nak kurangkan lemak?

Jika seseorang itu sudah membina otot yang cukup dan ingin melakukan cutting atau dalam kata lain nak buang lemak anda harus gunakan whey protein. Ini kerana anda masih memerlukan protein yang tinggi untuk mengekalkan protein yang telah sedia ada. Proses cutting memang memrlukan anda melakukan kardio. Dibimbangi otot anda akan hilang jika anda mengurangkan protein dalam badan.

4. Adakah jika ambil salah satu tanpa workout berhasil membina otot?

Anda kena tahu sama ada mass gainer atau whey protein fungsinya adalah untuk membaiki tisu dan membaik pulih serta membesarkan otot. Tapi jika anda tidak workout, bagaimana otot anda boleh koyak? Tiada proses baik pulih pun yang akan berlaku. Jadi membazir duit anda jika anda melaburkan pada supplemen jika tidak workout.

Jika anda mengambil mass gainer dengan harapan menaikkan berat tanpa workout anda mungkin akan dapat. Namun anda akan ada masalah kebuncitan dan kegemukan yang pantas kerana kalori yang disimpan tidak dibuang dan dibakar.

Entri Oleh: Fakhrul Islam