Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Akibat Daripada Kerap Workout Lewat Malam, Inilah Kesannya Kepada Badan Kita!

Malam adalah masa untuk kita tidur kerana kepenatan kita sepanjang pagi sehingga petang berkerja. Ada juga yang berkerja malam dan hanya mampu berehat malam. Soalnya, apakah kesan kita workout lewat malam setiap hari?

 

Saya paham, ramai sibuk berkerja pada siang hari. Keluarnya gelap, balik pun hampir gelap. Tapi, gym tetap kena pergi. Macam mana, sebab ada yang kata tak elok workout malam. Ada juga geng yang cakap tak elok mandi malam, paru-paru berair (tak ada kaitan paru-paru berair dengan mandi malam).

 

Workout malam ada kekurangannya, dan sebab kekurangan ini juga anda tidak digalakkan workout lewat malam melainkan memang tiada masa lain untuk workout. Tetapi, ada beberapa strategi lain anda boleh gunakan untuk mereka yang sibuk berkerja. Sebelum itu, mari kita lihat kenapa anda tidak digalakkan untuk workout lewat malam!

 

1- Mengganggu Masa Tidur

Workout malam tiada masalah, yang workout lewat malam, itulah yang boleh mengganggu masa tidur. Sedangkan, masa tidur adalah penting untuk pemulihan otot. Kalau anda tak dapatkan tidur yang cukup, anda akan dapati kesusahan untuk bina badan.

 

2- Ketidakseimbangan Hormon

Lena tidur berkait dengan hormon badan, dan apabila masa tidur anda berubah dan berkurang, maka badan anda boleh mendapat masalah ketidakseimbangan hormon. Justeru, ia membawa kepada tekanan, dan ini meningkatkan rembesan hormon stress. Semuanya mengganggu proses membina badan.

 

3- Tenaga Yang Kurang

Mungkin anda tak rasa tenaga berkurang semasa workout, tetapi tenaga anda akan terjejas keesokan paginya, semasa hendak berkerja, semasa belajar dalam kelas, dan macam-macam lagi. Menjejaskan kualiti kehidupan dan pekerjaan untuk workout pada lewat malam? Tak berapa berbaloi rasanya.

 

Jadi, apakah strategi yang anda boleh gunakan untuk mengatasi masalah ini? Saya sarankan latihan 5×5 ataupun 5/3/1 bagi mereka yang kesibukan kerja dan kekurangan masa untuk workout. Sebab apa? Program sebegini tidak mengambil masa lama untuk dilakukan. Biasanya 3 kali seminggu, selama 45-60 minit satu sesi. Itu sudah memadai, dan jika dilakukan dengan betul bakal memberikan kesan yang sangat-sangat memuaskan hati!