Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Amalkan Teknik Begini Untuk Bina Body Fitness Dengan Berkesan

Siapa yang tak mahu otot mereka cepat membesar? Lagi cepat lagi bagus. Kalau boleh hari ini masuk gym, esok dah sado! Tapi, itu melampau sangat. Mesti kena ada usaha dan sabar juga. Walaupun begitu, anda masih boleh lakukan sesuatu untuk mempercepatkan proses pemulihan otot supaya mereka membesar dengan lebih cepat.

 

1- Berlatih 2 Kali Seminggu Untuk Setiap Bahagian

Untuk tingkatkan rangsangan hypertrophy, anda kena tingkatkan juga stimulasi latihan, dengan kata lain, pergi ke gym selalu. Tetapi, macam mana nak berlatih 2 kali seminggu untuk setiap bahagian? Begini:

  1. Isnin: Upper body – strength
  2. Selasa: Lower body- strength
  3. Rabu: Rest
  4. Khamis: Upper body – hypertrophy
  5. Jumaat: Lower body – hypertrophy
  6. Sabtu: Rest
  7. Ahad: Active rest

 

Kalau anda tengok, kita pecahkan hari latihan kita kepada bahagian atas dan bahagian bawah. Dengan ini, anda dapat berlatih 2 kali seminggu untuk setiap bahagian otot.

 

2- Amalkan Latihan HIIT

HIIT akan bantu anda bakar lemak dengan berkesan. Apabila lemak dalam badan anda rendah, maka anda memberi badan anda satu ilusi “sado” kerana otot anda lebih jelas. Beberapa senaman HIIT yang sesuai diamalkan:

  1. Boxing
  2. Burpees
  3. Berenang
  4. Larian pecut

 

Amalkan senaman HIIT pada hari rehat sebagai active rest day. Anda akan bakar lebih banyak kalori dan mempercepatkan pemulihan badan supaya boleh hentam lagi otot keesokan harinya!

 

3- Gunakan Whey Tepat Pada Waktunya

Apabila anda pastikan timing nutrition anda teratur, anda akan memberikan “minyak” yang secukupnya untuk “enjin” pembinaan otot anda berjalan. Whey adalah sumber protein yang sangat tinggi, dan anda perlu susun penggunaannya secara strategik. Buat begini:

  1. Gunakan sekurang-kurangnya 2 scoop satu hari.
  2. Minum atau makan protein bersama karbohidrat untuk memudahkan penyerapan.
  3. Selepas workout, guna whey bersama karbohidrat mudah serap.
  4. Gunakan Hydro Whey untuk memulakan hari anda.

 

Pembinaan otot bermula dengan pemakanan anda dahulu, kemudian latihan, dan baru berganjak kepada penggunaan supplement. Pastikan ketiga-tiga ini dikawal rapi, dan anda akan bina otot dengan mudah!

 

Apa kata anda layari Mesotropin untuk mendapatkan pelbagai lagi tips dan panduan badan fitness?