Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Ambil BCAA Kalau Anda Sayang Otot Anda

young caucasian bodybuilder in the gym, drinking a bottle water

Dah penat-penat bina otot, tak mungkin nak biarkan otot anda hilang dengan mudah? Setiap kilogram anda angkat, setiap skop protein anda minum, semuanya adalah pengorbanan yang anda harus pertahankan.

 

Cuma, ada masa kita terlajak daripada landasan. Ada masa kita mahu berehat seketika daripada dunia bina badan. Ada kala, program latihan kita kurang menjadi dan pemakanan kita juga tunggang-langgang. Oleh itu, anda perlukan sesuatu untuk membantu anda. Maksud Admin ialah, anda perlukan BCAA!

 

BCAA adalah sebahagian daripada protein yang terdiri daripada tiga amino acids iaitu:

1- Leucine

2- Isoleucine

3- Valine

 

Antara ketiga-tiga ini, yang paling mujarab dan penting dalam sintesis protein (pembinaan otot) ialah leucine. Anda bernasib baik kerana BCAA daripada Mesotropin kaya dengan leucine berkualiti tinggi.

 

Kenapa anda perlukan BCAA? Ia adalah kunci kepada pembinaan otot dan pengekalan jisim otot daripada terurai. Lebih-lebih lagi dalam keadaan kurang makan dan tidak bertenaga (cutting), berpuasa, dan lain-lain. BCAA akan bantu anda jaga otot yang susah-susah anda bina.

 

Penggunaannya mudah sahaja, anda boleh ambil pada bila-bila masa kerana BCAA akan sentiasa diserap untuk digunakan otot. Paling cantik, anda gunakan BCAA sepanjang hari. Bancuh satu skop pagi dan gunakan di di pejabat, di kelas, di rumah, kemudian minum lagi satu skop sepanjang workout. Dapatkan sehari dalam 2 skop BCAA.

 

Jangan lupa untuk dapatkan BCAA daripada Mesotropin untuk meningkatkan kebolehan anda membina dan menjaga jisim otot!

 

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)