Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Anda Kurus? Nak Naikkan Otot Atau Berat Dulu?

Di luar sana pasti ramai yang masih keliru terutamanya yang memiliki badan yang kurus. Mereka ingin nampak berisi dalam masa yang sama mereka inginkan otot mereka juga membesar. Namun masih ramai yang keliru keutamaan untuk membesarkan otot dahulu atau menaikkan berat dahulu.

Jadi yang ingin menaikkan berat dahulu, mereka akan makan dan makan sehingga gemuk kemudian baru ke gym untuk membentuk otot.

Yang ingin menaikkan otot dulu mereka akan fokus ke gym dahulu sehingga otot terbentuk baru akan fokus pada kenaikan berat.

Yang sebenarnya, jawapan kepada dua pernasalahan ini hanyalah satu. Bagi anda yang berada dalam situasi ini anda perlu memfokuskan pada kenaikan berat otot atau muscle mass. Caranya adalah anda perlu ke gym dan bermain dengan bebanan yang berat dalam masa yang sama anda perlu mengambil makanan yang lebih bagi tumbesaran yang baik. Ini kerana apabila berat otot meningkat, maka berat badan anda juga akan naik dan badan anda akan kelihatan besar.

Risau Tiada Selera Makan?

Anda tidak perlu risau akan selera makan kerana jika anda bermain bebanan yang berat, perut anda akan berasa lebih lapar dari biasa.

Dan jika anda mengamalkan pemakanan yang kerap anda akan lebih dapat mengambil makanan lebih banyak dari biasa. Ini kerana untuk mengangkat bebanan yang berat anda perlukan kalori yang lebih. Dan bila kalori lebih, anda mampu mengangkat berat dan kesan pada otot lebih ketara.

Pada peringkat permulaan anda harus lakukan senaman-senaman asas bagi mempercepatkan tumbesaran otot seperti senaman squat, deadlift, pull up, bench press, overhead press dan rowing. Senaman-senaman ini sangat membantu dalam pertumbuhan berat otot anda.

Jadi, untuk si kurus mulakan langkah anda ke gym dan jangan risaukan tentang hasil kerana saya jamin cara ini mampu menambahkan 5 kg berat anda dalam masa sebulan.

Entri Oleh: Fakhrul Islam