Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Anda Masih Percaya “Abs Are Made In The Kitchen”? Baca Ini

2 perkara yang menyebabkan munculnya kenyataan di atas ialah:

1.Anda boleh laukan beratus-ratus reps latihan abs, tetapi jika anda mempunyai banyak lemak yang terlindung, abs anda tidak akan muncul.

2. Ada orang dalam dunia ini yang tidak memerlukan latihan kerana lemak di perutnya sangat-sangat sedikit. Maka absnya muncul dengan mudah kerana badan yang kurus.

Maka dengan 2 perkara ini, ramai membuat keputusan solusinya adalah diet yang major berbanding latihan akan membentuk six packs.

Tidak sebenarnya, anda kena faham bahawa abs memang akan muncul melalui diet yang seimbang, namun ianya dibuat dari gym. Buktinya anda lihat sahaja berapa ramai yang mempunyai body fat yang tinggi namun absnya dilihat muncul dengan jelas. Tidak mungkin kerana diet bukan?. Jika anda lihat abs dipisahkan oleh bentuk-bentuk dan garis-garis yang tersendiri. Lapisan ini terjadi apabila otot anda lebih tebal daripada lapisan tendinous( garisan di abs). Dan otot ini hanya akan tebal jika anda melatih ia.

Melainkan anda memang dilahirkan dalam keadaan lapisan abs itu telah dipisahkan dan tidak perlu terhadap latihan bagi membentuknya. Namun, jika anda bukan dalam golongan ini, anda tiada pilihan melainkan anda harus membina otot teras abs anda dengan latihan abs yang baik di samping menjaga diet bagi membakar kandungan lemak dalam badan.

Entri Oleh: Fakhrul Islam