Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Anda Pencinta Buah-Buahan? Alang-alang Tu Ketahui Buah Yang Bantu Anda Turunkan Berat

Bolehkah buah membantu anda menurunkan berat badan? Ada sesetengah orang mengelak dari mengambil buah  semasa diet kerana fruktosa, atau gula buah-buahan, yang mengandunginya. Anda kena faham bahawa tiada buah yang akan membakar lemak anda tetapi ia akan membantu anda dalam proses penurunan berat. Bagaimana ia berlaku? Mari baca kebaikan buah-buahan yang dinyatakan ini.

 

1.Pisang

Yang pertama mungkin mengejutkan anda. Ia adalah pisang. Sekarang ramai orang mengelak pisang kerana fruktosa yang ada pada buah ini. Memang benar bahawa pisang mempunyai lebih banyak kalori dan lebih banyak gula semula jadi daripada buah-buahan lain, tetapi mereka ini menjadi lebih gula semulajadi bila keaadaan mereka yang terlalu masak atau riped. Tips bagi anda yang sedang berdiet adalah cari pisang yang kurang tompokan hitam pada kulitnya kerana keadaan ini kurang jumlah fruktosanya. Apa yang menarik, di samping ia kaya dengan potassium, antioksidan dan vitamin, buah ini mengandungi “starch resistance” yang akan mengawal gula dalam darah ke tahap yang rendah jadi ia amat sesuai untuk anda mengawal berat anda.

(Rujukan: https://bit.ly/2VoZexj)

 

2.Avocado

Purata sebiji avocado mengandungi:

60 kalori, 9 gram Carbs, dan 7 gram Fibre, 2 gram Protein, 15 g Monounsaturated Fat (Lemak Sihat)

Avocado dikira sebagai buah yang menghalang kolesterol dan oleh sebab itu kajian menunjukkan buah ini mampu menghilangkan lemak ‘Belly” anda. Selain itu, ia adalah buah yang bagus bagi mengawal selera makan yang membuak-buak. Dalam sebuah kajian terhadap avocado, ternyata orang yang mengambil separuh dari buah ini mengalami penurunan selera makan selama 4 jam sebanyak 28%.

(rujukan: https://bit.ly/2YAa31E)

 

3. Epal

Epal merupakan sumber terbaik dan tertinggi kandungan antioksida nya. Kulitnya yang mengandungi kandungan fiber yang tinggi membuatkan anda mampu mengawal selera makan selepas memakannya serta pelepasan gula dalam darah anda akan menjadi perlahan. Ini akan membuatkan kandungan penyimpanan lemak dalam badan berkurang. Jadi jangan buang kulit epal jika anda bercita-cita untuk turunkan berat anda.

 

4. Kiwi

Sebiji kiwi mengandungi hanya 42 Kalori yang padanya terkandung nutrien yang padat seperti Vitamin A, E, B6, B12, Potassium dan Copper. Apa yang menjadikan buah ini sebagai pembantu penurunan berat adalah kiwi terbukti di dalam suatu kajian sebagai buah yang mengurangkan jumlah gula dalam darah selepas anda memakan makanan yang tinggi gula. Seperti anda tahu jika anda mengambil makanan yang berasaskan carb, kandungan gula anda akan meningkat, namun diet yang mengandungi bersamanya kiwi akan mengurangkan peningkatan ini. Jadi ia sesuai dijadikan dessert anda.

(Rujukan: https://bit.ly/2QfkdSp)

 

5, Oren

Buah ini adalah buah yang paling mudah untuk anda dapati. Ianya tinggi dengan vitamin C dan fiber. Namun, yang menjadi kesilapan besar adalah ramai yang suka mengambilnya dalam bentuk jus berbanding dalam bentuk asalnya. Ini kerana biasanya jus-jus di luar sana telah dicampur dengan gula tambahan di samping fiber yang sepatutnya anda perolehi telah disingkirkan. Sebiji oren mengandungi 45 kalori dan 9 gram gula. Namun jika dilakukan padanya jus, menjadikan ia 110 Kalori dan 23 gram gula.

Entri: Fakhrul Islam