Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Anda Sedang Cuba Untuk Diet? Cuba Strategi Simple Ini!

Dah nak masuk tahun baru, tahun 2019. Apakah misi anda untuk tahu baru dan sudahkah anda bersedia untuk harungi tahun baru ini? Adakah anda betul-betul termotivasi untuk berusaha bagi mencapai matlamat anda? Dan, apakah langkah pertama anda sekarang?

Antara misi ramai orang untuk tahun baru ialah untuk menjadi lebih kurus. Ada yang memulakan langkah dengan mendaftarkan diri ke gym, ada yang mula pergi berjogging, ada yang cuba berdiet dahulu. Semuanya bagus selagi anda berusaha. Daripada tak buat apa-apa, kan?

Admin cadangkan anda mula berdiet dan ambil whey protein. Betul, anda nak kurus dan bukan bina badan. Tapi sebenarnya, membina otot akan jadikan anda lebih kurus dengan lebih cepat dan kurus anda akan tahan lebih lama. Lagipun, bukannya minum-minum whey protein boleh jadi macam bodybuilder terus. Anda masih kena berlatih macam mereka. Kalau latihan anda biasa-biasa, maka anda tak perlu risau kerana badan anda tidak akan besar macam mereka.

Kenapa Admin cadangkan anda guna whey protein? Kelebihan whey protein ada banyak, dan antaranya adalah untuk bantu anda bakar lemak serta mengawal selera makan. Dalam masa anda nak diet, anda perlu jaga selera anda supaya ia tidak menjadi liar. Sekali dah terlepas daripada kawal, segalanya boleh musnah. Ini yang selalu berlaku, terikut nafsu sekali, terus tak mahu diet dah. Adakah ini berbaloi?

Jadi, macam mana anda nak kawal selera makan anda? Admin bagi satu tips untuk anda aplikasikan dengan penggunaan whey protein. Mudah sahaja, anda ambil whey protein sebelum masa makan. Ini akan menjadikan anda kenyang sedikit dan tidak akan makan banyak semasa masa makan. Daripada makan penuh pinggan dengan nasi, anda dapat kurangkan sikit makan sbb dah terasa sedikit kenyang.

Protein sangat penting untuk pembinaan otot. Jangan risau kalau anda makan banyak protein pun sebab bukan senang protein nak bertukar menjadi lemak. Dan kalau anda nak tahu, makan protein banyak boleh membakar lemak kerana protein dikira sebagai makanan thermogenic, di mana menghadam protein memerlukan lebih tenaga daripada kalori yang ada dalam protein itu sendiri.

Tak faham? Jangan risau, mulakan diet anda sekarang. Makan makanan yang seimbang dan minum protein secara kerap. Sebelum makan sahaja ambil protein, kalau rasa nak makan luar, minum protein dahulu. Tips yang mudah tapi sangat membantu mereka yang nak diet.

Entri: Aiman Radzi