Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Anda Seorang Lifter? Kenali 2 Proses Ini Dahulu

Dalam dunia bina badan, anda tidak lari daripada apa yang dikatakan metabolisma. Namun proses menghasilkan metabolisma ini termasuk 2 proses penting iaitu Anabolic dan catabolic. Memahami anabolik dan kattabolik membantu anda dalam membina otot atau menghilangkan lemak.

Anabolik

Ia adalah proses membina keperluan dalam badan yang memerlukan banyak tenaga untuk proses ini.

Katabolik

Proses memecahkan molekul dalam badan yang melepaskan tenaga untuk digunakan.

Oleh kerana anabolisme dan katabolisme adalah sebahagian daripada metabolisme anda, proses ini memberi kesan kepada berat badan anda. Ingat, Apabila anda berada dalam keadaan anabolik, anda sedang membina dan mengekalkan jisim atau berat otot anda. Apabila anda berada dalam keadaan katabolik, anda memecah atau menghilangkan keseluruhan jisim, baik lemak mahupun otot.

Jika anda melakukan banyak latihan anabolik, anda akan cenderung untuk menghilangkan lemak atau mengekalkannnya bahkan boleh membina otot. Latihan katabolik, sebaliknya, dapat membantu anda mengurangkan berat dengan sama ada lemak atau otot. Anda akan kurang berat, tetapi anda juga akan mempunyai jisim otot jauh lebih kritikal atau dengan kata lain kehilangan berat otot.

Senaman apa yang merangsang kedua ini?

Bagi anabolik, anda perlu membanyakkan latihan berat dan latihan kekuatan. Tetapi bagi katabolik, anda harus membanyakkan latihan yang membakar lemak seperti kardio dan juga aerobik.

Secara kesimpulannya, kedua proses menghasilkan metabolisma ini, memerlukan tenaga yang dikeluarkan dan diguna. Anda harus mengimbangi keduanya untuk membina otot atau menghilangkan lemak.

Entri Oleh: Fakhrul Islam