Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Anda Suka Main Gym Atau Main Home Workout? Ada Beza Tak Latihan Begini?

Penggemar dunia bina badan boleh dibahagikan kepada banyak jenis. Ada yang suka bodybuilding sendiri, ada yang suka powerlifting, strongman, crossfit, dan ada yang suka calisthenics. Apakah perbezaan antara latihan calisthenics dengan latihan gym?

 

Calisthenics adalah latihan dan senaman yang dillakukan dengan berat badan sendiri sahaja. Pernah dengar tak bar brothers, freeletics, dan macam-macam lagi? Mereka adalah kumpulan yang dah mahir dengan latihan calisthenics. Antara icon calisthenics ialah Frank Medrano, dan badannya juga mantap!

 

Latihan di gym pula berbeza sedikit daripada calithenics, dan rata-rata yang bina badan dengan senaman gym, tak suka lakukan senaman calisthenics temasu Admin sendiri. Betullah orang kata, kita akan kuat dengan apa yang kita berlatih. Yang boleh burpess 1000 belum tentu boleh deadlift 200kg, dan begitu juga sebaliknya.

 

Beza paling ketara antara kedua-dua ini adlaah pilihan senaman dan intensiti latihan. PErsamaan merka, dua-dua boleh bina otot dan bakar lemak, tetapi sampai tahap mana? Semestinya, kalau anda nak bina badan yang besar, calisthenics bukanlah prioriti tetapi masih boleh dilakukan. Bagi yang mengamalkan calisthenics pula, anda tak boleh harapkan untuk jadi sekuat mereka yang berlatih senaman di gym dan menjadi besar seperti mereka.

 

Admin tak kata gym lebih baik sebab dua-dua ada peminatnya sendiri. Cuma, kalau sasaran mereka ingin jadi sebesar abang sado yang pergi ke gym, tanpa pergi ke gym, memang tak akan jadi.

 

Calisthenics kekurangan dari segi kesenangan untuk naikkan intensiti latihan. Senamannya juga agak terbatas, sekadar ubah variasi dan darjah sahaja. Sedangkan, nak bina badan memerlukan pendedahan stimulasi menyeluruh. Nak jadi kuat juga, anda kena angkat berat-berat, tetapi calisthenics kekurangan bahagian kesediaan bebanan.

 

Bagusnya calisthenics ialah latihan ini sangat bagus untuk mencabar anda jadi lebih fit. Mereka yang tidak berkemampuan untuk ke gym juga berpeluang untuk membina sedikit otot dan membakar lemak serta memiliki badan yang shredded. Lebih baik aktif dengan calisthenics daripada duduk rumah tonton TV sahaja dan mengumpul lemak.

 

Jika anda sedang mencari supplement untuk membakar lemak dengan pantas, 6-Tropin adalah pilihan supplement yang anda cari! Dapatkannya hanya diĀ Mesotropin!