Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Anda Tak Sado Kalau Anda Tak Boleh Buat Ini

Kita ada milestone yang perlu kita kejar dalam gym. Milestone ibarat tetangga yang kita naik. Untuk capai ke tahap seterusnya, maka kita kena naik tetangga tersebut.

Di dalam gym juga ada “level” yang kita kena capai untuk jadi sado. Jom kita lihat samada sudahkah anda dapat capai tetangga ini!

1- 10 Rep Pull Up

Pull up ialah senaman yang buat anda sedar diri samada anda masih gemuk atau terlalu lemah. Ia satu senaman yang bebanannya ialah berat anda sendiri. Kalau anda tak dapat capai 10 rep dengan baik, berkemungkinan anda kena turunkan berat badan (bakar lemak) atau kuatkan lagi badan anda. Lebihkan latihan kekuatan berbanding latihan bina badan tradisional.

2- 1 Rep Strict Overhead Press

Ya, overhead press berat badan sendiri sebenarnya sangat penting. Yang setanding dengan ini (bagi yang tidak menyertai gym) ialah senaman handstand push up. Kalau anda tak boleh tolak berat badan anda ke atas kepala, anda belum cukup sado lagi. Banyakkan main shoulder!

3- 6 Rep Squat Berat Badan

Sayang sekali kalau anda tak boleh squat berat badan sendiri. Bukan squat kosong, tetapi meletakkan bebanan seberat berat badan anda di atas bahu. Tak kisah front squat ataupun back squat, janji anda kena squat berat badan! Beringat juga, kuat dalam squat, kenalah kuat dalam senaman lain.

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)