Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Apa Jadi Jika Anda Berhenti Ambil Gula Selama 30 Hari?

Semua tahu bahawa gula adalah makanan yang paling sensitif terhadap badan anda. Terlebih dalam pengambilannya bukan sahaja memberi banyak penyakit berbahaya, namun ia juga mendatangkan keburukan pada orang yang sedang menurunkan berat atau yang mengekalkan gaya hidup sihat. Cara yang terbaik adalah mengambilnya dalam kadar sederhana. Namun apa akan jadi jika anda berhenti langsung dalam sesuatu tempoh.

 

Lebih Teringin

Kehidupan sebelum ini anda telah megamalkan gula dalam pemakanan seharian. Namun apabila anda telah sedar dan ingin berhenti mengambil gua, anda akan mengalami simptom craving terhadap gula yang lebih. Ini kerana sifat gula dalam badan akan melahirkan rasa nikmat dan seronok akibat pelepasan hormon dopamine. Jadi, jika anda secara tiba-tiba berhenti, hormon ini akan menghantar arahan pada otak untuk menginginkannya lagi. Jadi apa yang perlu anda buat jika ingin menjauhi gula adalah bersabar dan tahan selama 3-5 hari dan rasa craving itu akan pudar dan hilang.

 

Meningkatkan kadar tenaga

Mengikut kajian, kebaikan gula dalam badan rendah dan mengambil makanan berserat tinggi adalah mampu meningkatkan tenaga anda lebih-lebih lagi terhadap individu yang terlebih berta badannya atau obestiti. Bila anda mengambil gula, pada awalnya anda akan rasa bertenaga kerana peningkatan gula dalam badan, namun ianya akan secara tiba-tiba menurun mendadak mengakibatkan anda akan rasa letih dan perlukan tidur yang lama. Akibatnya anda akan rasa malas untuk melakukan senaman.

 

Kulit nampak muda dan sihat

Ya, pengambilan gula memberikan kesan pada kulit anda. Mengikut kajian di sebuah Medical School, USA, tingginya gula dalam badan membuatkan sel kulit anda akan kaku. Ia akan menghilangkan keanjalan kulit anda, dan membuatkan anda akan cepat berkerut dan kedut pada usia awal.

 

Selain itu, dalam kajian yang dijalanka di Universitiy Of Colorado, pengurangan kadar gula dalam badan membawa kepada pengurangan jerawat dan jeragat di muka anda.

 

Berat badan anda pasti menurun

Ini adalah suatu kepastian dan keberkesannya telahpun banyak ditemui. Ini keran kajian menemui bahawa individu yang kurang gula di dalam darahnya, maka minimum sekali risiko untuk dia mengalami obesiti atau overweight. Anda kena ingat, bukan gula yang menurunkan berat anda tetapi kerana kesinambungannya. Kurangnya pengambilan gula dan banyaknya makanan yang berserat tinggi membuatkan anda akan rasa kenyang yang lama dan keinginan untuk makan dan makan akan hilang. Jika diikutkan kandungan kalori dalam gula adalah sangat rendah kerana yang membuatkan kalori makanan itu tinggi adalah dari makanan yang berkarbohidrat. 3 biji Oreo dan semangkuk brown rice jika dibandingkan, adalah sama sahaja jumlah karbohidratnya, namun apa yang mebezakannya adalah selepas makan. Jika diambil brown rice anda tidak akan menaikkan kadar gula dalam darah secara mendadak berbanding dengan 3 ketul oreo.

 

Entri: Fakhrul Islam