Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Bagaimana Latihan Untuk Orang Kuat Dengan Yang Fitness?

Ramai kata abang sado tak kuat, otot yang mereka bina adalah untuk tujuan gym dan menunjuk-nunjuk sahaja. Ia bukanlah 100% benar, tetapi agak berasas. Sebenarnya, apa yang kita latih, kita akan kuat dengan apa yang kita latih. Kalau anda nak bandingkan orang yang buat kerja buruh, kerja meladang, berkebun, angkat kelapa sawit dengan orang yang bermain gym, ia ibarat membandingkan ikan dengan burung.

 

Tetapi, Admin bukan nak bercakap tentang itu sebenarnya. Admin nak bercakap tentang kekuatan dan menjadi sado. Macam Admin kata, ramai ingat abang sado tak kuat tetapi ini bergantung pada target dan cara latihan. Biasa yang fokus sado sahaja adalah yang minat dengan sukan badan cantik, manakala kekuatan menjadi fokus kepada pertandingan bina badan, strongman, dan powerlifting.

 

Ya, untuk membina badan menjadi saiz yang besar, anda kena jadi kuat. Maksudnya, anda kena angkat berat-berat. Tengok sahaja Arnold Schwarzenegger sebelum dia menjadi Mr Universe dan kemudian merebut takhta Mr Olympia buat pertama kali, beliau bermula dengan sukan angkat berat dan powerlifting. Hatta, Arnold boleh mengangkat anggaran melebihi 300kg deadlift, melebihi 250kg squat, dan melebihi 200kg bench press. Dan, tengok badannya sewaktu beliau berada dalam fasa peak. Ini membuktikan yang untuk jadi besar, anda kena jadi kuat dan angkat berat-berat.

 

Fahami juga, latihan kekuatan dengan latihan bina otot agak berbeza tetapi saling lengkap-melengkapi. Ia ibarat dua jalan yang bergerak seiring. Untuk bina badan, anda kena jadi kuat dan untuk jadi kuat, anda kena ada otot yang besar. Latihan kekuatan secara amnya berlatih dengan bebanan berat untuk sikit rep tetapi banyak set, manakala latihin sizing fokus pada rep yang banyak.

 

Tetapi, kenapa ada yang bersaiz besar tapi tak mampu nak angkat berat-berat? Ada yang besaiz jauh lebih kecil tetapi angkat berat macam tak ada masalah langsung. Ini berkait dengan neuromuscular connection mereka, ataupun hubungan saraf dengan otot. Yang menjadikan seseorang itu kuat adalah kerana rima pengucupan otot mereka melalui pengaktifan saraf adalah sinkronik. Jadi, otot mereka berkerja dengan lebih efficient.

 

Apa yang Admin cakapkan ini? Macam ni, bayangkan pertandingan lumba kapal naga, dua kumpulan beradu kekuatan. Satu kumpulan berdisiplin dan mengayuh secara berima, manakala kumpulan lagi satu bertelagah dan tiada rima. Siapa yang menang? Konsep yang sama digunakan untuk hal menjadi kuat. Apabila otot anda dilatih untuk bergerak melalui pengaktifan saraf secara rima sinkronik, ia akan menjadi lebih kuat. Dan, macam mana nak latih jadi begini? Melalui latihan kekuatan yang konsisten iaitu beban berat tetapi rep sikit dan banyak set. Ini pula berkait dengan konsep neuroplasticity.

 

Banyak pula terma sains yang Admin terpaksa gunakan dalam entri kali ini. Mungkin ada yang bosan membaca, tetapi ada yang minat sebab mereka nak tahu lebih dalam. Kalau anda nak ringkasan apa-apa, boleh mesej Admin bila-bila secara personal, tiada masalah, dan jangan lupa untuk mencuba M-Sotropin kalau anda nak mulakan latihan kekuatan!

 

Entri: Aiman Radzi (@TheTherabeast)