Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Bagaimana Nak Baiki Kekuatan Otot Anda

Adakah otot anda tidak mampu bertahan lama ketika bersenam? Kekuatan anda seringkali lemah ketika bersenam?

Kekuatan otot sebenarnya adalah pada kekuatan diri anda. Otot anda tidak mampu berkerja dengan lama adalah kerana ketahanan badan anda tidak cukup kuat atau dengan kata lain anda perlukan lebih senaman kekuatan.

Kekuatan ini perlu diasah dari teras di mana senaman yang membina otot teras perlu dilakukan kerap. Namun artikel ini saya akan kongsikan senaman yang mampu mengasah kekuatan anda dan menutup kelemahan anda.

FARMER WALK

Senaman ini ada kaitan dengan petani di mana cara jalan sambil membawa bebanan seperti petani namun berbeza matlamat. Petani ingin menyuburkan tanaman sedangkan kita menyuburkan otot.

Senaman ini biasanya dilakukan oleh ahli-ahli strongman namun anda kena tahu perbezaan antara tujuan strongman dan tujuan membina otot.

Biasanya strongman melakukan dengan mengangkat bebanan berat dan berjalan secepat yang mungkin sedangkan pada orang biasa kita lebih menekankan pembinaan otot , kekuatan dan kestabilan badan.

Cara yang terbaik adalah dengan:

1. Memegang barbell/dumbell pada bahagian tengah dengan grip yang baik

2.Cuba mengangkat dalam keadaan berdiri tegak. Jangan membongkok atau kedepan.

3. Anda harus berdiri sehingga bahagian belakang anda terasa sangat ketat dan mengepit otot.

4. Tunjukkan dada kedepan dengan cara memusingkan bahu anda ke belakang.

5. Pastikan perut anda juga terasa ketat.

6. Mulakan jalan dengan perlahan dan elakkan berjalan dengan laju supaya otot anda akan berkerja dengan ketat.

7. Jalan lebih kurang di antara 30-50 meter.

Nasihat saya gunakan bebanan yang ringan dahulu untuk membiasakan pergerakan dan kestabilan badan. Anda boleh gunakan barbell atau dumbell atau apa-apa bebanan. Tambahkan berat apabila anda boleh berjalan dengan laju dan lihatlah hasilnya.

Entri oleh: Fakhrul Islam