Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Bagaimana Nak Tone Otot Untuk Body Fitness?

Apa sebenarnya maksud muscle toning? Bila orang kata nak tone muscle, apa yang mereka mahukan? Kalau maksud mereka nak nampakkan otot mereka lebih jelas, itu dah sama macam cutting. Kalau mereka kata nak bentukkan muscle mereka sekian-sekian, itu mitos sahaja kerana anda tak boleh ubah bentuk muscle.

 

Bagi Admin, maksud muscle toning ialah anda nak memperjelaskan lagi otot anda. Ini bermaksud, anda kena bakar lemak yang menutupi otot-otot anda. Dua cara untuk mencapai matlamat ini:

  1. Makan secara caloric deficit
  2. Berlatih dengan intensiti tinggi

 

Caloric Deficit

Anda kena makan kurang daripada keperluan badan. Mengikut hukum thermodynamics, apabila tenaga yang anda gunakan lebih banyak daripada yang anda masuk (makan), maka berat badan anda akan menurun. Sasaran kita adalah untuk turunkan berat badan melalui pembakaran lemak.

 

Untuk tone muscle anda, pastikan defisit yang anda buat tak melebihi 500kcal. Defisit 200kcal pun dah cukup baik. Cuba turunkan berat badan maksimum 0.5kg sahaja seminggu.

 

Latihan Intensiti Tinggi

Orang selalu ingat kalau nak cutting kena main ringan banyak rep. Ini adalah fahaman yang kurang tepat sebab otot kita perlu dikekalkan melalui intensiti sama macam bulking. Kalau anda jadi besar masa bulking sebab main berat, maka masa cutting pun kena main berat. Fisiologi badan kita begitu, otot membesar sebab main berat. Kalau main ringan, dia tak perlu kekalkan saiz yang sama.

 

Dua jenis latihan intensiti tinggi yang anda boleh buat ialah dengan main berat di gym ataupun bersenam dengan pergerakan tinggi intensiti seperti berlari, berenang, berbasikal, dan macam-macam lagi.

 

Berapa Lama Nak Lakukan Begini?

Sampai anda puas hati dengan badan anda. Ia sebenarnya bergantung pada defisit anda. Kalau anda defisit tinggi sedikit seperti 500kcal, mungkin anda boleh lakukan cara ini untuk 1 bulan dan kembali kepada bulking. Ia ibarat mini-cutting. Kalau anda suka proses yang “sikit-sikit lama-lama jadi bukit”, anda boleh rendahkan defisit dan buat sehingga 3-5 bulan.

 

Tempoh cutting mahupun bulking bergantung seluruhnya pada anda. Selagi anda tak bulking melebihi 18% bodyfat, anda boleh teruskan bulking. Manakala, selagi anda tak hilang kekuatan semasa cutting, anda boleh teruskan defisit. Jangan sampai tahap kekuatan anda turun mendadak.

 

Jika anda perlukan lebih banyak panduan untuk cutting dan bulking, ikuti Mesotropin untuk info-info yang terbaik dalam dunia bina badan!