Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Baik Buruk Fatburner Untuk Turun Berat Badan

Semua benda ada kelebihan dan kekurangannya. Saya tak mahu kata baik dan buruk, saya lebih suka guna terma saya pakai awal-awal tadi. Baik dan buruk bunyi terlalu kasar. Kalau sesuatu benda ada keburukan dan kita tahu ia tidak baik, kenapa gunakannya?

Fatburner ada kelebihan dan kekurangan. Bukan semua orang perlu gunakan fatburner untuk membakar lemak. Malah, untuk lebih tepat sebenarnya, anda tak perlukan fatburner untuk bakar lemak. Ia hanyalah supplement semata-mata.

Untuk pengetahuan anda, fatburner tidak membakar lemak pun. Nama sahaja fatburner, tetapi fungsinya bukanlah sebagai pencair lemak abadi. Ini yang ramai orang kita silap tafsir dengan supplement fatburner.

Maksud saya silap tafsir, mereka fikir fatburner adalah ubat ajaib untuk bakar lemak di mana kalau anda gunakan fatburner, pasti fat anda anda berkurangan. Ini adalah tanggapan yang salah sebenarnya.

Fat anda akan terbakar (lebih tepat lagi – mengecil) hanya dengan pemakanan yang teratur. Senaman pula akan membina otot dan meningkatkan metabolisme badan anda. Ia membantu untuk pembakaran lemak. Tetapi, naik metabolisme badan pun kalau tak jaga makan masih tak dapat bakar lemak dengan baik.

Itu sahaja kekurangan yang ada pada fatburner, iaitu ramai tersalah faham fungsi dan kegunaan fatburner. Ia bukanlah ubat ajaib yang perlu anda ambil setiap kali nak cutting.

Tetapi, kelebihan fatburner tertletak pada kebolehannya untuk memberikan anda tenaga yang banyak untuk workout. Apabila stamina anda tinggi, anda boleh bersenam dengan intensiti lebih tinggi. Ini mendorong kepada keberkesanan latihan yang lebih baik.

Fatburner juga “memanaskan” badan anda dan membantu dalam meningkatkan metabolisme badan supaya anda boleh bakar lebih banyak kalori. Ia mengandungi herba-herba yang biasa digunakan dalam pemanasan badan. Panas-panas pun, lemak tak cair begitu mudah. Anda kena jaga makan!

Yang anda kena berjaga-jaga dengan fatburner ialah kadang-kadang degupan jantung anda akan jadi laju. Ini tidak sesuai digunakan oleh mereka yang bermasalah tekanan darah dan masalah jantung.

Badan anda juga akan berpeluh dengan lebih banyak. Jadi, anda memerlukan air yang berterusan supaya anda tidak dehydrate. Maksud dehydraye ialah kekurangan air dalam badan dan ini sangat bahaya.

Lagi satu, jangan pula ambil fatburner sebelum anda tidur. Nanti mesti tak dapat tidur. Apabila tidur terganggu, recovery anda juga terganggu. Ini menyebabkan anda sukar untuk turun berat badan.

Entri: Aiman Radzi

Tag: