Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Bakar Lemak Dengan Lebih Pantas ?

Terdapat dua jenis senaman kardio yang sering diguna pakai iaitu HIIT & LISS. Kedua-dua jenis kardio ini amat membantu dalam proses pembakaran lemak. Persoalanya, yang manakah lebih bagus dalam membakar lemak? Baiklah, hari ini saya akan kongsikan tentang kebaikan kedua-dua kardio ini.

 

HIIT

High Intensity Interval Training atau lebih dikenali sebagai HIIT adalah kardio berintensiti tinggi. Kajian mendapati pengoksidaan lemak adalah terbaik  jika melakukan senaman intentisiti tinggi dalam jangka masa pendek. Anda perlu melakukan HIIT dengan ‘effort 100%’   dalam masa yang singkat diikuti dengan selangan masa rehat yang singkat. Contoh HIIT ialah melakukan aktiviti yang berintesiti tinggi seperti lari pecut, burpee, pull-up, skipping dan squats dalam masa yang singkat. Nisbah antara kerja dan rehat pula kebiasanya ialah 1:1, 1:2 dan 1:4 mengikut kemampuan dan tahap prestasi semasa anda. Antara kelebihan HIIT ialah:

  • Meningkatkan daya tahan dan kekuatan otot
  • Boleh dilakukan dimana-mana
  • Tidak mudah rasa bosan kerana terdapat pelbagai jenis senaman dalam satu masa
  • Mencabar!

 

LISS

Low Intensity Steady State Cardio ataupun LISS ialah senaman kardio berintensiti rendah. Kajian mendapati tubuh badan kita moengksidasi lemak sebagai sumber tenaga semasa kita berada dalam keadaan rehat ataupun melakukan kerja ringan. Maka, LISS merupakan antara kaedah yang terbaik untuk membakar lemak pada tubuh badan. Contoh LISS ialah berjoging dan berjalan atas treadmill dengan kelajuan rendah yang  dilakukan dalam jangka masa antara 20-60 minit tetapi dengan syarat, kelajuan konsisten. Antara kelebihan LISS ialah:

  • Tidak cepat penat apabila dilakukan
  • Santai
  • Meningkatkan prestasi aerobik

 

Kedua-dua jenis senaman kardio  ini merupakan cara bagi menggalakkan pembakaran lemak pada tubuh badan. Jangan lupa untuk sentiasa mendengar kehendak tubuh badan anda dan jangan pula over-training. Rancang program latihan anda dengan seperti melakukan latihan bebanan ataupun sukan yang lain dan tidak bergantung kepada latihan kardio semata. Yang paling penting, anda hendaklah menjaga pengambilan makanan seharian mengikut keperluan anda kerana pemakanan adalah segala kunci  bagi tubuh badan ideal anda!

Jangan lupa untuk menggunakan 6-tropin Ultimate Fat Burner bagi menggalakkan pembakaran lemak dan M-sotropin untuk meningkatkan prestasi workout anda!

Entri: Zaim Ariffin (@uncle_kerek)