Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Banyakkan Set Begini Untuk Cutting Lebih Cepat

Waktu cutting mementingkan beberapa komponen, di mana prioriti pertama terletak pada pemakanan. Tidak kira berapa banyak kali anda bersenam, jika pemakanan tidak terjaga maka tidak akan berjaya fasa cutting anda.

 

Jaga makan bukan bermaksud anda kena makan clean sepanjang masa. Bukanlah maksud anda kena makan makanan-makanan mahal seperti beras perang, ikan salmon, dan lain-lain. Sebaliknya, jaga makan bermaksud anda menjaga kalori dan nutrisi pemakanan. Pastikan nilai kalori dan makronutrien anda menepati kehendak badan.

 

Tetapi, ini tidak bermakna anda boleh ketepikan soal latihan. Memang pemakanan itu penting, tetapi metabolisme badan anda hanya boleh ditingkatkan dengan baik melalui senaman. Benar juga, anda boleh turun berat dengan pemakanan sahaja, tetapi dengan senaman yang mantap, hasil anda akan jadi lebih padu!

 

Macam mana nak bersenam semasa cutting? Mudah sahaja, lebihkan set yang menggunakan banyak senaman seperti superset, triset, giant set, ataupun dropset. Cantik lagi kalau senaman anda melibatkan pergerakan seluruh badan. Sebagai contoh, anda buat giant set yang melibatkan pergerakan dada, bahu, belakang, dan kaki. Rutin yang boleh dilakukan adalah seperti ini:

 

1- Bench press

2- Barbell row

3- Overhead press

4- Squat

5- Deadlift

 

Tak perlukan bebanan yang berat, cukup untuk mencabar jantung anda supaya berdegup laju. Kalau boleh bergerak ke sana ke sini untuk tukar-tukar senaman pun bagus sebab ini akan mencabar lagi ketahanan anda.

 

Sasaran anda semasa cutting adalah untuk bersenam pada kadar degupan jantung yang tinggi (dalam 70-85% daripada degupan maksimum). Ini dipanggil HIIT ataupun high-intensity interval training. Apabila anda melakukan sesuatu aktiviti secara tinggi intensiti, anda akan bakar lebih banyak kalori dan kalori ini mudah datang daripada lemak.

 

Walaupun ada yang berkata anda kena pentingkan latihan kekuatan semasa cutting untuk mengekalkan jisim otot, ini tidak bermakna anda patut tinggalkan latihan tinggi intensiti begini untuk mencabar dan melatih ketahanan anda.

 

Jangan lupa untuk gunakan 6-Tropin untuk membantu proses pembakaran lemak anda!

 

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)