Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Berapa Cepat Badan Boleh Jadi Kalau Saya Guna Supplement?

Soalan yang paling kerap pernah Admin dengar ialah berkaitan kecepatan seseorang yang menggunakan supplement itu untuk mendapat hasil badan cantik. Ramai kata, guna supplement cepatlah menjadi badan. Apa, mereka ingat supplement ubat ajaib, telan-telan terus sado?

 

Admin daripada Team Mesotropin nak beritahu yang kami bukan semata-mata menjual produk supplement bina badan, tetapi kami nak bantu anda bina badan dengan berjaya. Jadi, kami nak berikan fakta-fakta sahaja kepada anda, jangan kata Admin biased sebab nak jual produk!

 

Guna supplement sememangnya membantu untuk membina badan. Tetapi, adakah ia mempercepatkan prosesnya? Ia bukanlah steroid, tetapi supplement memang boleh membantu. Kecepatan adalah bergantung kepada senaman yang anda lakukan, diet yang anda amalkan, dan gaya hidup anda setiap hari.

 

Kalau nak hasil yang cepat, anda kena berlatih secara kerap dan berintensiti tinggi. Gunakan program latihan yang betul untuk menampakkan progression terbaik. Diet anda haruslah menepati keperluan badan. Kemudian, gaya hidup anda sendiri haruslah berkitar dengan dunia fitness.

 

Yang melambatkan hasil bina badan anda adalah daripada latihan yang tidak konsisten, kenaikan kekuatan yang lambat kerana tidak mengikut program latihan yang betul, diet yang bersepah, dan gaya hidup tidak sesuai. Contohnya, di luar waktu gym, hanya tidur sahaja, merokok sepanjang masa, atau di tempat kerja tidak mengamalkan gaya sihat, sentiasa duduk, benda-benda yang tak aktif.

 

Supplement seperti Hydro Whey daripada Mesotropin membantu untuk melengkapkan keperluan protein harian anda. Kalau anda tak mampu nak makan 6 ketul dada ayam sehari, maka anda boleh kurangkan menjadi 3 ketul dada ayam dan ambil lagi 3 scoop Hydro Whey. Itulah kegunaan supplement sebenarnya, ia melengkapkan diet anda.

 

Bagi menjawab persoalan utama entri kali ini, anda boleh nampak hasil bina badan seawal dua minggu, dan perubahan ketara boleh dilihat dalam 2-3 bulan sahaja. Dengan syarat, anda melakukan latihan, jaga diet, dan amalkan supplement yang betul.

 

Jika anda perlukan tips fitness yang tak biased dan hanya mementingkan manfaat anda sebagai penggemar dunia bina badan, tempat yang anda cari adalah Mesotropin sahaja. Mesotropin jenama supplement halal untuk bina badan nombor satu di Malaysia!