Berapa Kerap Kena Makan Sehari Untuk Bina Badan

Ramai keliru berapa kali kena makan sehari, ada yang kata tiga kali cukup, ada kata lima kali sehari. Malah, ada yang kata sampai 8-10 kali makan sehari! Dahsyat sungguh, tapi kenapa mereka berikan nasihat sebegitu? Semuanya betul, jadi anda kena tahu apa sebab sebenar anda patut makan kerap (dan bukan sekadar banyak) untuk membina badan.

 

1- Sentiasa Meningkatkan Metabolisme

Sebenarnya, metabolisme badan anda sentiasa bergerak. Maksudnya, badan anda sentiasa berkerja di dalam untuk memproses bahan-bahan kimia yang anda tidak perlu tahu sangat. Tetapi, anda boleh berusaha untuk tingkatkan kadar metabolisme badan. Jadi, proses pembakaran lemak, pembinaan otot, dan pemulihan sel-sel badan akan menjadi lebih cepat dan berkesan.

 

Memakan dengan kerap akan merangsang badan untuk terus berkerja dengan lebih keras, sekali gus mengaktifkan “kilang” pemprosesan perkara-perkara yang disebutkan tadi. Pahamkan begini, kalau pejabat tiada projek, pekerja pun goyang kaki sahaja walaupun tetap buat kerja. Tetapi apabila ada projek dalam masa terdekat, semua bertungkus-lumus nak habiskan projek dalam¬†deadline yang ditentukan.

 

2- Mengawal Peningkatan Insulin

Insulin adalah sejenis hormon yang berkaitan dengan gula. Apabila anda makan (terutamanya karbohidrat seperti nasi, roti, dan lain-lain), ia akan meningkatkan rembesan hormon ini. Rembesan hormon tersebut akan menggalakkan penyerapan nutrien ke dalam sel-sel badan (seperti sel otot).

 

Menariknya tentang insulin, apabila dirembes terlalu banyak (melalui pemakanan selambak dan bukan secara sikit tapi kerap-kerap), ia tidak lagi begitu berguna untuk kita kerana nutrien yang kita makan tadi lebih mudah untuk diserap oleh sel lemak, menjadikan sel tersebut lebih besar (lantas – obesiti). Pemakanan secara kerap dapat mengawal kesan ini dengan baik.

 

3- Mengawal Nafsu Makan

Bagi mereka yang sedang berada dalam fasa cutting, memakan secara kerap akan membantu anda untuk membendung nafsu makan yang membuak-buak. Kalau anda biarkan perut kosong selalu, anda lebih cenderung untuk memakan secara berlebihan. Memakan dengan kerap (walaupun sekeping roti) dapat membantu anda melawan desakan nafsu untuk memakan makanan yang bukan-bukan.

 

Malah, kalau anda menahan perut untuk makan satu atau dua kali sahaja sehari, badan lebih meronta-ronta untuk memakan makanan segera yang sedap-sedap (tetapi tidak bagus untuk pembinaan otot). Ini berkaitan dengan psikologi manusia. Kalau tak percaya, cuba anda bawa sandwich dalam beberapa keping ke pejabat, dan makan setiap 1-2 jam. Waktu makan tengahari, anda tak rasa seperti hendak melahap sangat.