Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Berapa Lama Kita Perlu Berlatih Untuk Bakar Lemak Dan Mula Cutting?

Cutting adalah fasa yang kurang digemari prosesnya, tetapi disukai hasilnya. Ia adalah fasa di mana anda berusaha untuk membakar sebanyak mana lemak yang anda boleh hilangkan dengan meminimumkan penurunan berat otot. Macam mana ia dilakukan? Secara asasnya, anda kena berada dalam defisit kalori tetapi Admin tidak akan bercerita tentang itu dalam entri ini.

 

Sebaliknya, kita akan fokus kepada persoalan ini; berapa lama anda patut cutting? Ini adalah antara soalan yang menimbulkan kekeliruan dalam kalangan orang baru, malah yang dah lama pun sama. Seronoknya dunia bina badan, susah nak ada jawapan salah kalau anda ada sebab yang munasabah atas tindakan anda.

 

Admin kongsikan dua pendapat dan musababnya;

 

Cutting Kena Perlahan-Lahan (Berbulan-Bulan)

Ada yang kata, cutting kena buat slow-slow sebab anda nak minimumkan pembakaran otot. Dalam masa slow-slow ini, anda dapat pastikan yang terbakar itu adalah lemak. Jadi, defisit kalori yang anda lakukan juga adalah rendah (dalam beberapa peratus sahaja). Benar, ini adalah antara cara yang bagus kalau anda tak tergesa-gesa atau memang disiplin dengan pemakanan. Anda boleh amalkan begini kalau anda tiada masalah untuk diet lama-lama.

 

Cutting Sebulan Cukup (30-40 Hari)

Ini adalah idea yang Admin baru didedahkan. Selama ini, Admin berfikir seperti yang di atas. Sekarang, Admin diberikan idea baru berkaitan cutting, dan Admin suka dengan idea ini. Anda tidak perlu cutting lama-lama sebabnya hasil yang perlahan akan mengganggu prestasi mental anda. Bukan senang nak bertahan dalam diet lama-lama sebab kehidupan kita penuh dengan kehidupann orang lain juga. Kadang-kala ada saudara buat kenduri, ada kawan buat makan-makan, ibu masakkan sedap-sedap. Jadi, macam mana?

 

Idea untuk cutting dalam sebulan mungkin tak sesuai untuk semua. tetapi ia sangat membantu untuk memaksimumkan kebolehan membina otot. Sebab apa? Makin lama anda berada dalam fasa cutting, makin berkuranglah masa untuk anda membina otot. Sebabnya, anda tak boleh bina otot semasa cutting. Fasa cutting yang singkat akan memaksimumkan kebolehan anda untuk membina saiz dan kekuatan. Jadinya, konsep yang anda kena pegang untuk cutting adalah begini:

  1. Buat defisit kalori 20-25% daripada nilai BMR.
  2. Kekalkan dengan latihan yang berat-berat seperti fasa bulking.
  3. Fokus pada mengekalkan kekuatan.
  4. Masukkan latihan kardio sekali-sekala.