Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Berapa Scoop Whey Sehari Untuk Maintain Muscle

Ramai yang menggunakan supplement untuk melengkapkan keperluan harian mereka. Supplement yang paling banyak digunakan ialah protein whey. Ia merupakan sumber protein paling mudah dan terbaik untuk anda dapatkan.

Tetapi ada sesetengah daripada kita yang risau, katanya kalau ambil whey nanti badan jadi berketak-ketak seperti bodybuilder. Mereka tidak mahu badan seperti itu, cukup mempunyai badan fitness sahaja.

Menggunakan whey tidak menjanjikan anda mendapat badan seperti bodybuilder, dan tidak juga menjanjikan badan fitness. Yang itu bergantung kepada latihan dan pemakanan anda.

Penggunaan protein whey adalah untuk memudahkan anda mendapatkan keperluan protein harian yang cukup. Jadi, anda tak perlu risau kena makan seekor ayam sehari, sepapan telur sehari, sekotak susu sehari. Itu yang diamalkan oleh bodybuilder.

Berapa scoop sehari yang anda perlu guna untuk whey protein, semuanya bergantung kepada badan anda. Dengan kata mudah, semakin berat jisim badan anda, semakin banyak protein yang anda perlukan. Sasarkan 2 gram protein untuk setiap kilogram berat badan.

Perihal badan jadi seperti bodybuilder, ia bergantung pada pemakanan. Kalau anda makan memang banyak, barulah boleh menjadi badan berketak-ketak seperti bodybuilder. Jika anda makan separuh banyak, boleh dapat badan fitness. Kalau anda makan sikit, itu yang menyebabkan tidak jadi.

Entri: Aiman Radzi

Tag: