Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Berat Naik Turun Mendadak: Adakah Itu Gemuk Air?

Hari ini saya nak berkongsi berkaitan kenaikan berat badan dan persoalan samada kenaikan itu adalah kenaikan berat otot mahupun berat air. Kenapa saya nak bercerita tentang ini? Sebabnya, ramai yang bersangka apabila mereka mula-mula masuk ke fasa bulking dan mereka dapat naikkan berat badan berkilo-kilo dalam masa yang sangat singkat, itu adalah berat otot. Betulkah itu kenaikan otot?

 

Karbohidrat Dan Air

Apabila anda baru mula melakukan latihan angkat berat, otot anda akan jadi lebih sensitif dengan insulin lantas ini mendorong kepada penyerapan lebih banyak nutrien ke dalam otot termasuklah air. Jadi, tidak hairan kenapa newbie di gym mudah untuk naikkan berat buat semetara waktu.

 

Manakala, bagi yang dah lama berlatih pula, mereka susah untuk naikkan berat sedikit. Lagi-lagi kalau mereka dah lama berada dalam fasa bulking. Bagi yang baru habis cutting ataupun lepas pertandingan, mereka akan mula makan macam biasa (dengan kata lain mengambil karbohidrat yang agak tinggi). Karbohidrat ini pula akan mendorong kepada penyerapan air ke dalam otot dan menaikkan berat badan melalui proses tersebut.

 

Apa yang saya nak katakan ialah, jangan terlalu berbangga dengan kenaikan (mahupu penurunan) mendadak untuk seminggu dua yang pertama. Kemungkinan besar ia adalah kenaikan (atau penurunan) air semata-mata. Sebaliknya, fokus anda adalah kepada tiga perkara, iaitu:

  1. Pengambilan kalori secukupnya
  2. Makro harian yang tepat
  3. Latihan berat dan intense
  4. Kardio
  5. Ukur lilit pinggang

 

Kenaikan yang anda kena sasarkan dan cuba konsistenkan ialah sebayak 2kg setiap bulan. Anda boleh guna nilai ini juga untuk cutting, bermakna kurangkan 2kg sahaja setiap bulan. Jangan melangkaui nilai ini samada untuk bulking mahupun cutting kerana anda tidak mahu terlajak naik berat lemak dan tidak mahu pun membakar jisim otot.

 

Latihan dan Diet

Meskipun kenaikan atau penurunan berat hanyalah jisim air, jangan khuatir kerana diet dan latihan anda buat (selagi konsisten) akan membuahkan hasil. Kalau anda paksa berjogging untuk durasi lebih lama, yang hilang pun masih air. Kalau anda makan banyak sekali pun, kenaikan pada masa itu hanyalah air.

 

Pembinaan jisim otot ataupun pembakaran lemak tidak berlaku serta merta. Ia memerlukan masa untuk berhasil. Jadi, pastikan anda kental semangat dan konsisten dengan apa yang anda buat supaya anda sendiri nanti yang akan dapat capai matlamat anda.