Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Berbaloikah Fitness Tanpa Supplement?

Orang selalu kata nak sado kena guna supplement, kalau tak nanti memang takkan menjadi badan kita. Kemudian, ada pula yang menggembar-gemburkan cerita di mana apabila anda ambil supplement, anda tidak lagi natural. Otot anda akan jatuh luruh bergolek-golek saat anda berhenti ambil supplement. Adakah ini benar?

 

Kita juga ada golongan anti-supplement dan mereka akan menekan sekeras-kerasnya untuk kekal natural. Sepertinya, mengambil supplement sama dengan mengambil steroid walhal dua benda ini sangat berbeza jauh. Jika begitu, secara tak langsung supplement vitamin dan multimineral yang diberikan doktor juga menjadikan seseorang tidak lagi natural (lagi-lagi kanak-kanak).

 

Supplement ialah sesuatu yang bertujuan untuk mencukupkan apa yang kurang. Ia bukan diperbuat daripada bahan magis yang menjadikan anda sado serta merta tanpa sebarang usaha. Ia adalah sejenis makanan (sebab itu dipanggil sebagai food supplement).

 

Memang ada pelbagai jenis supplement di luar sana untuk digunakan bagi tujuan membantu proses fitness anda. Kita ada whey protein, BCAA, fat burners, preworkout, dan macam-macam lagi. Perlukah anda gunakan kesemuanya sekali? Semestinya tidak! Tetapi, kalau tak guna langsung, boleh ke…?

 

Seperti yang dikatakan tadi, supplement hanyalah pelengkap dan bukan kewajipan. Anda masih boleh membina badan dan otot yang cantik tanpa menggunakan supplement. Masa yang diambil untuk bina badan sama sahaja dengan orang ambil supplement, dengan syarat anda turut menjaga makan dengan baik.

Image result for natural bodybuilder"

Anda mungkin pandang dari segi ekonomi memang berbaloi tidak mengambil supplement, cukup sekadar jaga makan dan latihan. Tetapi, jika kita ambil dari sudut masa, prep, dan kemudahan, mengambil supplement jauh lebih berbaloi. Malah, ada kala mengambil supplement lebih jimat daripada memakan ayam berketul-ketul sehari.

 

Apabila anda gunakan supplement, anda dah menjimatkan masa dan tenaga pada penyiapan. Tidak seperti solid food, anda kena siap masaknya dahulu dan kemudian bekalkan untuk di bawa ke tempat kerja dan lain-lain. Ini kita cerita perihal protein (ayam, ikan, daging, dan lain-lain). Bayangkan, selepas gym dan anda belum lagi masak ayam untuk dimakan, nak kena siapkan pula. Kalau ada protein, tuang satu scoop bersama air, goncang dan minum. Mudah, bukan?

 

Isu natural atau tidak tatkala menggunakan supplement adalah sesuatu yang tidak masuk akal untuk diperdebatkan kerana supplement tidak menjejaskan status natural seseorang. Supplement seperti whey protein itu sendiri turut dimasukkan dalam produk-produk harian kita seperti aiskrim yang budak-budak makan (ya, ada whey protein).

 

Kalau anda risau dengan pengambilan supplement, kini anda tidak perlu takut lagi. Pelbagai jenis supplement di luar sana yang diyakini dengan status dan kualitinya. Antara jenama yang terbaik di Malaysia kini, semestinya daripada Mesotropin sendiri. Jangan lupa dapatkan supplement anda di sini!