Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Besarkan Tangan Tanpa Latihan Tangan

Betulkah anda boleh besarkan tangan tanpa melakukan latihan tangan? Ya, memang boleh! Anda sebenarnya tak perlu lakukan latihan tangan secara spesifik seperti senaman biceps curl, skull crushers, tricep extension, hammer curl, dan macam-macam lagi.

 

Tetapi, kalau tak buat latihan tangan macam mana nak besarkan tangan? Soalan yang bagus, sebenarnya! Tahukah anda yang senaman kompaun adalah senaman yang melibatkan pergerakan banyak sendi dan penggunaan banyak otot? Senaman kompaun juga adalah senaman utama yang perlu anda utamakan setiap kali workout.

 

Contoh-contoh senaman kompaun ialah bench press, squat, deadlift, barbell row, pull up, overhead press, dan pelbagai lagi. Kemudian, daripada senaman-senaman ini pula wujudnya banyak variasi lain yang memberikan fokus pada otot yang lain. Contoh lagi, close grip bench press, underhand barbell row, chin up, neutral grip overhead press, anda boleh cari sendiri variasi-variasi ini.

 

Faktanya, dalam senaman senaman ini juga telah mengatifkan banyak penggunaan otot tangan daripada biceps, triceps, brachioradialis, flexor dan extensor, berbagai-bagai lagi jenis otot pada tangan kita (banyak betul contoh Admin bagi hari ini).

 

Jika anda melakukan senaman kompaun dengan berat dan juga banyak rep mengikut program-program yang disahkan berkesan, boleh dikatakan tangan anda sememangnya akan membesar tanpa perlu melakukan latihan tangan tambahan. Tak ada masalah melakukan latihan tangan, tetapi biasanya kalau program anda cukup mantap, senaman senaman utama ini akan menyebabkan tangan anda letih tanpa perlu melakukan latihan tangan.

 

Berikan fokus lebih kepada tangan anda melalui senaman kompang ini dengan membuat variasi-variasi seperti disebutkan tadi.

 

Tambahkan Mass Gainer daripada Mesotropin untuk mempercepatkan kenaikan otot anda sekarang!

 

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)