Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Biceps Lambat Membesar? Cuba Tips Ini!

Biceps susah nak besar berkemungkinan kerana anda banyak menggunakan momentum semasa mengangkat bebanan untuk biceps. Ada angkat bebanan bukan untuk tunjuk kuat tetapi untuk membina otot.

Perkara pertama anda kena lakukan adalah tanda kurangkan bebanan yang anda guna. Jangan ego untuk angkat berat tetapi gunakan yang anda mampu sahaja.

Senang kata, kalau biceps anda memang susah nak naik dan masih kecil lagi, anda guna sahaja barbell kosong di gym untuk teknik ini. Barbell sahaja pun dah berat 20kg.

Sebelum lakukan biceps curl, anda kena luruskan dahulu siku dan keraskan trisep. Ini adalah untuk memastikan anda tidak menggunakan momentum. Kepit juga tulang belikat anda di belakang supaya anda tidak menghayun.

Apabila anda angkat, pastikan siku tidak bergerak (statik). Helahnya adalah pada durasi anda turunkan bebanan. Turunkan perlahan-lahan selama 5 saat. Inilah ubat kepada otot biseps yang kecil.

Buat 5 ulangan dengan setiap penurunan bebanan selama 5 saat, dan selepas 5 ulangan tersebut, gunakan sedikit sahaja momentum untuk paksa lagi 3 ulangan. Anda dah buat 8 ulangan keseluruhan.

Ulang teknik ini untuk 4 ke 5 set, rasai kehangatan di dalam biceps anda, dan Jangan pelik kalau besok anda tak boleh nak garu belakang. Selamat mencuba!

Entri: Aiman Radzi

Tag: