Bina Badan Kena Main Berat Atau Ringan

Sekarang, banyak orang kata yang badan berketak-ketak dan besar sebab main gym bukannya kuat pun. Badan sahaja lebih, kudratnya tak ada. Kenyataan ini tidak boleh pakai sepenuhnya, kerana kekuatan akan bergantun pada cara latihan.

 

Ramai atlit bina badan (ataupun mereka yang membina badan secara suka-suka) berlatih dengan intensiti (beban) sederhana. Maksudnya, mereka berlatih dengan berat yang mereka boleh buat 8-12 rep. Kalau main berat, mereka hanya boleh buat 1-3 atau 5 rep sahaja. Ini dipanggil skema-rep (samada skema-rep tinggi iaitu ringan ataupun skema-rep rendah iaitu berat).

 

Nak Main Berat Atau Ringan?

Sebenarnya, untuk membina badan, anda kena main berat, kemudian diselitkan dengan latihan ringan. Kenapa anda mesti main berat? Sebabnya, anda nak stimulasi perkembangan otot jenis sentak-pantas. Gentian otot tersebut bersaiz jauh lebih besar daripada jenis sentak-perlahan.

 

Jangan risau kalau anda keliru apa dia gentian-gentian otot yang saya maksudkan. Paham begini, main berat akan merangsang perkembangan otot besar, dan main ringan akan kembangkan otot saiz kecil. Gabungkan dua-dua, anda dapat kebaikan daripada kedua-dua jenis latihan.

 

Otot yang besar boleh jadi otot yang kuat, tapi otot yang kuat tidak semestinya otot yang besar, dan otot yang besar juga tidak semestinya kuat. Jadi, macam mana anda boleh jadi kuat?

 

Prinsip Latihan Kekuatan

Untuk menjadi lebih kuat dan merangsang pertumbuhan otot bersaiz besar (gentian sentak-pantas), gunakan beban yang anda hanya mampu buat maksimum 5 rep. Guna berat tersebut dan buat 1-3 rep untuk beberapa set (biasanya dalam 4-5 set). Rehat antara set boleh lajak sehingga 3-5 minit.

 

Jangan salah pilih bebanan. Maksudnya, kalau anda guna beban yang ringan, anda akan buat sambil lewa. Kalau ambil terlalu berat pula, form anda akan lari dan risiko kecederaan akan bertambah. Kurang faham dengan latihan kekuatan? Tunggu entri yang akan datang, hanya di Mesotropin!