Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Bina Body Yang Lebih Fit Dengan Jumlah Protein Yang Betul

Anda dah cuba beli protein Hydro Whey daripada Mesotropin? Kalau belum, anda kena cuba sekarang sebab ia satu-satunya produk tempatan yang menjanjikan kualiti terbaik dengan status halal dalam dunia fitness!

 

Dalam masa yang sama, ada yang bertanya kepada Admin, berapa banyak protein kena ambil sehari. Perlu diambil kira juga, protein bukan sekadar maksud yang anda minum daripada Hydro Whey sahaja, malah ia turut termasuk yang anda makan seharian seperti ikan, ayam, daging, kekacang, dan lain-lain.

 

Jadi, berapa banyak yang anda perlukan? Mari kita lihat!

 

2-3G/KG SUDAH MEMADAI

Melainkan anda seorang atlit antarabangsa yang mendapat tajaan daripada pelbagai jenis syarikat dengan pertandingan-pertandingan besar yang anda akan masuk, anda tak perlu ambil begitu banyak protein dalam sehari. 2-3g bagi setiap kilogram berat badan pun sudah memadai. Kalau berat badan anda 50kg, maka ambil protein sehari sebanyak 100-150g protein (jumlah daripada supplement dan pemakanan).

 

Sebab itu, nak buat badan bagi nampak macam body fitness kena juga jadi pakar matematik, sebab anda kena main kira-kira. Malah, jadi akauntan pun boleh sebab anda kena notakan apa yang anda dah makan dan berapa banyak baki anda kena makan. Anda kena kira kalori, kena kira makronutrien, mikronutrien, dan macam-macam lagi.

 

Bagi mereka yang berasa susah untuk mencukupkan pengambilan protein seharian, jangan risau! Sebab itu, Mesotropin menyediakan kepada anda Hydro Whey yang ekonomi! Admin galakkan anda ambil sekurang-kurangnya 2 scoop sehari (pagi dan malam) atau ambil satu scoop bagi setiap kali masa makan. Ini adalah untuk pastika protein seharian anda cukup.

 

Jangan silap juga, ramai ingat ambil protein masa workout sahaja, sedangkan masa off day itu lagi penting untuk ambil protein supaya badan anda boleh repair semula apa yang rosak semasa workout!