Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Bolehkah Anda Gabungkan Latihan Otot-Otot Yang Berbeza

Sesetengah jurulatih memberitahu bahawa anda tidak boleh berlatih banyak otot dalam satu masa. Ada juga yang beritahu anda tak boleh berlatih lebih daripada satu jenis otot yang besar. Contoh otot yang besar adalah seperti otot dada, bahu, belakang, dan kaki.

 

Jika anda melanggar pantang larang, menurut mereka, badan anda tidak akan menjadi. Latihan anda adalah sia-sia dan anda telah membuang masa serta duit.

 

Jika jurulatih anda begini, maka anda boleh mula mencari jurulatih yang lain. Sedangkan senaman kompaun yang utama menggunakan lebih daripada dua jenis otot yang besar, bagaimana pula mereka boleh katakan yang anda tidak boleh berlatih sebegitu.

 

Dalam senaman bench press sahaja anda menggunakan otot dada bahu dan trisep. Jika betul anda tidak boleh menggunakan lebih daripada satu otot besar, maksudnya anda tak boleh lakukan bench press. Walhal jurulatih-jurulatih inilah yang paling banyak melakukan bench press.

 

Untuk pengetahuan anda juga, ada banyak lagi senaman yang menggunakan lebih daripada satu otot besar. Dan, senaman ini adalah senaman yang terbaik dalam proses membina otot dan juga membakar lemak. Sebenarnya, hanya fokus pada gerakan satu otot ataupun otot-otot kecil tidak membakar begitu banyak kalori dan tidak memberikan rangsangan hypertrophy yang secukupnya.

 

Maka, jawapan bagi soalan yang kita ajukan tadi ialah, ya anda boleh berlatih lebih daripada satu otot dalam masa yang sama tanpa sebarang masalah. Anda boleh gabungkan dada dengan belakang, biceps dengan triceps, otot kaki dan juga perut, atau buat kombinasi anda sendiri.

 

Jangan lupa untuk gunakan Hydro Whey daripada Mesotropin untuk menjana kenaikan otot dengan maksimum.

 

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)