Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Bolehkah Guna Protein Kalau Tak Main Gym?

Bukan semua orang minat untuk pergi berlatih di gym. Ada yang suka bersenam untuk jadikan badan cergas sahaja, orang kata buat badan fitness. Maksudnya mereka tidak mahu badan yang begitu besar. Tidak mengapa kerana setiap orang mempunyai minat yang berbeza-beza.

Protein memainkan peranan yang penting dalam dunia fitness Tidak kira anda mahu bina badan ataupun tidak. Meskipun anda berlatih di rumah, anda menyertai larian-larian, mungkin bermain bar, anda memerlukan protein. Kalau anda tak bersenam pun masih memerlukan protein.

Kegunaan protein dalam kehidupan harian kita adalah untuk memperbaiki sel-sel dalam badan kita. Setiap sel dalam badan kita terdiri daripada protein. Anda dapat protein daripada pemakanan dan juga supplement.

Jika karbohidrat digunakan sebagai sumber utama untuk tenaga badan kita, makan protein adalah sumber utama untuk proses pemulihan. Selalu orang fikir protein hanyalah untuk otot, tetapi sebenarnya setiap sel dalam badan kita menggunakan protein. Dari hujung rambut sampailah ke hujung kaki, semuanya memerlukan nutrisi tersebut.

Walaupun anda tak pergi ke gym, senaman-senaman lain yang anda lakukan seperti yang dinyatakan awal tadi masih mengenakan kerosakan mikro terhadap otot anda. Maka, anda memerlukan protein yang mencukupi untuk memulihkan sel-sel itu.

Betul anda boleh makan protein seperti ayam, daging, ikan, dan lain-lain. Tetapi tak semua orang ada masa untuk menyediakan makanan secukupnya. Ada yang sibuk bekerja dan menjaga keluarga. Nah, di sinilah gunanya anda mendapatkan supplement protein.

Kegunaan utama supplement adalah untuk membantu anda memberikan ketenangan dalam mendapatkan nutrisi yang secukupnya apabila anda terlibat dalam dunia kecergasan. Ia bukan ubat ajaib dan ia bukan pencepat hasil. Ia hanyalah satu langkah yang anda boleh ambil untuk memudahkan kerja.

Jadi jawapan kepada tajuk kita pada hari ini ialah, anda boleh ambil supplement protein meskipun anda tidak pergi ke gym. Tidak perlu risau, badan anda tidak akan jadi sebesar ahli bina badan. Nak jadi seperti itu perlu makan dengan begitu banyak dan juga latihan yang intensif. Makan protein sahaja tidak akan menjadikan anda seperti itu.

Entri: Aiman Radzi