Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Bolehkah Protein Menaikkan Selera Makan?

Ramai yang mengambil protein seperti whey dan mass untuk menaikkan berat badan. Dah betul caranya, tetapi ada yang ambil supplement ini cuma mereka tidak makan banyak. Ramai yang bertanya, bolehkah selera makan naik selepas mengambil mass atau whey?

Anda kena faham begini, mass dan whey adalah susu yang dibancuh. Anda mungkin meminum 150-500ml air bergantung pada cara bancuhan anda. Sebagaimana makanan memenuhkan perut, begitulah juga air. Kalau perut dah penuh, bolehkah anda berselera lagi makan?

Protein sebenarnya dikenali dengan kebolehan untuk memberikan rasa kenyang dengan baik. Ini sangat berguna bagi mereka yang nak cutting. Semasa fasa cutting, anda tak boleh makan begitu banyak. Untuk mengelakkan rasa lapar, anda digalakkan untuk ambil banyak protein.

Disebabkan ini jugalah, anda sebaiknya minum protein selepas anda makan (jika anda nak naikkan berat badan). Kerana apa? Anda tak mahu supplement protein tersebut mengganggu selera makan anda. Kalau nak besar, kena makan banyak juga, bukan harap pada supplement sahaja.

Kalau anda nak kurus pula, ia terbalik. Anda boleh ambil protein dahulu supaya anda dapat kawal selera makan anda. Jadi, taklah terlebih kalori harian. Anda kena guna dan ubahsuai mengikut objektif anda.

Entri: Aiman Radzi