Online Shop

Buat Mass Anda Sendiri Di Rumah

Mesotropin ada menyediakan produk weight gainer tersendiri, dan rugi siapa yang nak bulking tapi tak mencubanya kerana ramai dah cuba dan ramai memberikan respon yang baik. Cuma, ada yang mesej Admin, kata dah terbeli Hydro Whey tapi nak bulking guna mass. Jadi, macam mana kita nak gunakan Hydro Whey sebagai mass dalam fasa bulking?

 

Mudah sahaja, kita buat mass gainer kita sendiri menggunakan Hydro Whey! Semestinya sihat, berkualiti, dan lebih fleksibel sebab anda boleh ubah-ubah apa yang anda rasa patut.

 

Sebelum itu, kenapa anda patut gunakan Hydro Whey dalam pembikinan mass anda sendiri?

  1. Ianya menghasilkan rasa yang lazat
  2. Bulking lebih mudah apabila anda boleh minum protein shake
  3. Perisa yang berbeza-beza mengikut apa yang anda letak
  4. Kandungan kalori yang padat dengan nutrien sihat

 

Anda Hanya Perlukan:

  1. Botol air untuk isi mass anda nanti
  2. Mesin blender
  3. Buah-buahan seperti pisang, kurma, kismis, atau berry
  4. Mentega kacang semula jadi (murah dibeli daripada kedai bakeri)
  5. Hydro Whey (hanya dari Mesotropin)
  6. Susu rendah lemak
  7. Masa 10 minit untuk membikin mass anda

 

Untuk membuat satu mass yang mempunyai 800kcal, anda hanya perlu campurkan bahan-bahan ini:

  1. 1-3 cawan susu rendah lemak (lagi banyak lagi sedap dan tinggi kalori)
  2. 1-2 cawan buah-buahan (pisang adalah kegemaran Admin)
  3. 2-3 scoop protein Hydro Whey (ambil perisa coklat)
  4. 1-2 sudu mentega kacang (gerenti buat bulu roma anda terangkat)

 

Modal pun murah untuk diamalkan. Kalau sehari anda ambil 1-2 gelas mass yang anda buat sendiri, anda boleh dapat dalam 800-1600kcal sehari daripada meminumnya sahaja! Tambah dengan latihan yang betul, anda akan bulking dengan cepat, sihat, dan jadi makin kuat. Siapa yang selalu bagi alasan susah nak naik berat, tag nama mereka dalam ruangan komen supaya mereka boleh baca entri ini dan amalkan bersama!

 

Entri oleh: Aiman Radzi (@TheTherabeast)