Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Bulan Puasa Waktu Terbaik Nak Turunkan Berat Badan Anda Dengan Pantas. Mari Akak-Abang Baca Artikel Ini

Bulan puasa ni banyak hikmahnya. Dari sudut ibadah, pahala digandakan, dari sudut kemanusiaan, kita dapat merasai keperitan dan kesusahan orang-orang fakir miskin, dari sudut kesihatan ianya memberikan kesihatan badan yang baik. Jadi, ramai yang ambil kesempatan dalam bulan ini untuk turunkan berat mereka semaksima yang boleh kerana bulan ini kita jauh dari kekerapan pengambilan makanan. kita hanya akan makan pada awal pagi dan malam sahaja. Anda harus ketahui bahawa diet Intermittent Fasting yang selalunya menjadi perbualan dan amalan para wanita di luar adalah satu diet yang bagus dan ianya sama sahaja seperti anda berpuasa 30 hari di bulan Ramadhan.

Jadi di samping menambahkan amalan dan kebaikan di bulan Ramadhan ini, gunakan kesempatan juga untuk menurunkan berat anda supaya badan anda kelihatan ideal di bulan Syawal. Artikel ini akan berkongsi edikit sebanyak mengapa bulan ini merupakan bulan terbaik untuk turunkan berat?

1.Tidak perlu risau tentang kekerapan makan

Satu kelebihan bulan ini anda tidak perlu risau tentang snek-snek kurang sihat anda, minuman-minuman soda anda kerana anda memang tiada masa yang sesuai untuk mengambilnya. Anda telah dihadkan dengan akan hana pada waktu sahur dan berbuka sahaja. Jadi anda akan fokus pada makanan-makanan yang utama sahaja kerana perut dan otak anda hanya akan menumpukan terhadap itu sahaja.

2. Bakar lemak lebih cepat

Jika anda melakukan senaman pada ketika perut anda kosong, lemak anda sebenarnya akan membakar 300% kalori dari lemak lebih cepat berbanding hari-hari biasa. Ini kerana peluang anda untuk menggunakan tenaga dari simpanan lemak badan anda itu tinggi. Jika dalam keadaan perut anda penuh dengan makanan, anda akan banyak gunakan tenaga dengan makanan yang baru masuk itu. Jadi melakukan senaman dalam keadaan perut kosong lebih membakar lemak secara langsung dengan mensasarkan bahagian storage lemak anda untuk dibakar.

3. Tetap puas makan

Semua faham bahawa manusia memang inginkan kepuasan dalam menikmati makanan. Ketika berpuasa, anda pastinya akan dapat kepuasan makan dalam masa yang sama mengekalkan dalam keadaan kalori yang rendah. Bayangkan semasa puasa, anda akan makan sekurangnya dua kali dan jika lebih pun tiga kali sahaja iaitu ketika moreh. Jadi jika sekali hidangan anda mempunyai 400 kalori semasa sahur, 600 kalori semasa berbuka dan 200 kalori semasa moreh, anda masih lagi mengekalkan kalori harian yang rendah iaitu 1200 kalori. Dalam pada itu, anda akan tetap rasa puas kerana anda makan dala keadaan memang anda lapar dan perlukan makanan.

Kesimpulanya, tidak ada alasan untuk bulan puasa ini anda tidak menurunkan berat anda kerana ianya terlalu mudah untuk anda capai target anda. Jika mahukan kesan yang berganda dengan selamat, ambillah mana-mana fat burner sebagai supplemen tambahan untuk badan anda. Penjagaan diet di samping penggunaan fat burner akan menjadikan perjalanan fitness dan pembakaran lemak anda semakin mudah dan pantas! Tapi, diet tetap nombor satu dan perlu dijadikan prioriti.

Entri: Fakhrul Islam