Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Cabar Diri Anda Jika Anda Betul-Betul Dah Rasa Fit Di Gym

Nak cari challenge workout baru sebab dah bosan dengan rutin workout yang sama? Admin jenis yang cepat bosan sekarang, dulu memang suka ikut rutin, tapi sekarang suka yang singkat dan mencabar. Kalau anda macam ini, mungkin cabaran ini untuk anda!

 

Untuk buat cabaran ini, anda kena pastikan yang badan anda berada dalam condition 100% mantap. Lagi-lagi bahagian kardio, sebab challenge ini betul-betul mencabar ketahanan badan. Jantung anda akan berkerja dalam lingkungan 80-90% daripada degupan maksimum. Untuk itu, pilih satu hari khas untuk challenge ini.

 

Beast Challenge

Ada tiga senaman sahaja yang anda akan buat:

Deadlift

Bench press

Pull up

 

Anda akan gunakan bebanan seperti ini:

  1. Deadlift – 1.5 kali ganda berat badan
  2. Bench press – berat badan
  3. Pull up – berat badan

 

Mulakan dengan deadlift dahulu sebanyak 10 rep, kemudian terus ke bench press dan buat 10 rep, diakhiri dengan pull up 10 rep. Habis satu kitaran ini, ulang semula dengan deadlift tetapi buat 9 rep, sama dengan bench press dan pull up. Kemudian, ulang lagi sebanyak 7 rep pula, diikuti 6 rep, 5 rep, 4 rep, sampailah 1 rep. Penghujungnya, jika anda habis buat challenge ini, bermakna anda telah buat 55 rep bagi setiap senaman tersebut.

 

Rest jika anda perlukan sahaja. Sasaran kita adalah untuk menghabiskan challenge ini di bawah 20 minit (jika mampu). Kalau anda tak berjaya, usah khuatir sebab anda boleh cuba lagi lain kali. Buat sampai anda berjaya, dan apabila anda dah berjaya lepas sekian banyak cubaan, anda akan dapati yang conditioning badan anda meningkat, stamina bertambah, otot makin kuat, dan lemak banyak terbakar!

 

Rujukan: https://www.t-nation.com/training/tip-the-beast-challenge